Pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi satu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio memberikan pandangannya berkenaan rumah tangga diganggu oleh pihak ketiga. Video temu bual Sarimah bersama radio Kool FM telah dimuat naik di akaun TikTok stesen radio tersebut dan pendapat pengacara tersebut dipersetujui ramai. Ujar Sarimah, masyarakat tidak seharusnya melabel hanya satu pihak sebagai penyondol (orang ketiga) sedangkan individu yang sudah berumah tangga turut memberi peluang dan ruang. "Kita label penyondol tapi is it really penyondol? Kalau tak ada peluang, tak ada penyondolan itu." Tambah Sarimah menjadi lumrah masyarakat termasuklah dirinya untuk cepat menghukum dan menyalahkan satu pihak serta turut membuat andaian sendiri. Pengacara berusia 46 tahun itu turut berkata individu berstatus bujang atau sudah mendirikan rumah tangga perlu tahu dan sedar tentang batas pergaulan.
"At the end of the day, kalau orang belum kahwin jangan mendekati orang yang kahwin. Habis cerita. Dan yang dah kahwin tu jangan kau sibuk nak buat hal. Masing masing dah besar, kena tahulah batas." Dalam pada itu, Sarimah juga turut memberi pesanan atau nasihat ringkas buat mereka yang sudah berkahwin agar tidak terlibat dengan perkara sebegini. "Kalau dah rasa ada attraction tu, get away. Anda mesti tahu (perasaan itu). Tak payah orang nak cerita sebab kita dah boleh rasa benda tu, get out fast. Jangan tunggu, jangan bagi ruang. Itu sahaja." SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
laksmanabentan replied at 21-3-2024 06:20 AM
semoga che puan diberikan rezeki zuriat..
mesti cantik/handsome nih...
Bergosip replied at 21-3-2024 07:20 AM
dia dah ada anak sorang kan
ADVERTISEMENT