Baru-baru ini nama pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim kembali menjadi bualan netizen sejak berita tentang anak mereka, Marissa Dania telah bernikah di Thailand itu tular. Ditambah pula apabila video mengenai kes curang Norman ketika mereka masih berkahwin itu kembali viral. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh seorang individu itu, terlihat Abby yang hadir ke mahkamah dan ditemu bual oleh wartawan mengenai kes curang Norman Hakim yang akhirnya menyebabkan perceraian mereka berdua. Tambahan pula, video tersebut disertakan dengan kenyataan mengatakan dahulu Abby cuba mempertahankan rumah tangganya seorang diri dan kini harus bersendirian juga dalam menangani isu anaknya. "Dulu dia pertahankan rumah tangganya sendirian, sekarang dia pertahankan anaknya juga sendirian, hanya kerana orang ketiga."
Pada masa yang sama, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata meninggalkan komen yang meluahkan rasa kesal terhadap bekas suami Abby yang seolah-olah melepas tangan dalam kedua situasi tersebut. "Betapa kuatnya seorang hamba bernama Abby Abadi. Allah tahu Abby mampu, sabar lah." "Kerana seorang bernama ‘Marissa’ habis semua cerita dulu-dulu diungkit. Kesian ibu awak Marissa. "Cerita lama Memey timbul balik walau dah lama cuba tutup bukan senang nak padam kesalahan silam kesian Abby." Terdahulu, Norman telah meminta Abby untuk tidak menceritakan hal peribadi keluarga mereka di media sosial. Namun, Abby mendakwa Norman lepas tangan dengan isu perkahwinan Marissa di Songkhla, Thailand itu. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
anilanil replied at 21-3-2024 03:26 AM
Teringat pulak cerita my staff 1 ketika dulu. Dia pernah 1 lif ngan meimei & budak2 tu zaman depa ke ...
nena9042 replied at 21-3-2024 06:33 AM
Sebab tu boleh maafkan, tapi jangan lupakan
Faham je diorang ada anak so kena maintain good relation ...
SANKURIANG replied at 21-3-2024 07:50 AM
Nanti anak2 dgn Memey baca medsos, apa perasaan mereka ye…ibu mereka penyebab robohnya rtangga bapa ...
anilanil replied at 21-3-2024 03:26 AM
Teringat pulak cerita my staff 1 ketika dulu. Dia pernah 1 lif ngan meimei & budak2 tu zaman depa ke ...
syamzana replied at 21-3-2024 08:35 AM
benda sama berulang2 dlm fmly ni jgn smpai ke cucu cicit sudah. patutnya bila dah terjadi kes besar ...
ADVERTISEMENT