Serik menceritakan hal peribadi kepada umum, pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan ada sebab dirinya tidak mengumumkan perkahwinannya pada November tahun lalu. Kata Shuk, dia hanya ingin berita tersebut diketahui oleh keluarga terdekat sahaja dan rancang mengumumkan berita itu kepada umum bila tiba masa yang sesuai. Tambah pelawak ini, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara tersebut namun menurutnya ia belum tiba masa untuk berkongsi cerita sepenuhnya. "Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu." "Tetapi, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini. Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga malah rakan-rakan rapat pun tahun." "Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka."
|
ADVERTISEMENT