Pelakon dan pengacara terkenal, Izzue Islam berkata dia tidak memerlukan sesi tambahan bersama pelakon wanita bagi membina keserasian dalam sebuah drama. Sebaliknya ia boleh dibina di lokasi penggambaran sahaja tanpa perlu dibawa ke luar set. Tambah Izzue, dirinya cukup dengan masa di lokasi penggambaran untuk membina chemistry bersama pelakon gandingannya. Tambahan pula, ada masa-masa lain seperti masa berehat untuk berlatih bersama. Sebagai contoh, ketika dirinya berlakon dengan aktres Ummi Nazeera baru-baru ini. Menurutnya, meskipun menjaga batas, mereka tetap menemui keserasian yang diperlukan. "Kita berjumpa setiap hari dan berlatih di lokasi penggambaran dan waktu break untuk makan pun sudah boleh bina chemistry sesama pelakon." "Setakat ini, saya berlakon dengan pelakon Ummi Nazeera, walau kami tak bersentuhan pun orang tetap boleh terima dan dapat rasa kami berdua ni sepasang suami isteri dalam drama."
|
Suchi replied at 21-3-2024 07:12 AM
Heran pelakon yg nak gak bersentuhan dan lagi heran ngn pengarah kuat berangan suka sgt buat scene s ...
rbmy replied at 21-3-2024 06:56 AM
izzue islam ni mmg baik.
siapa lagi yg berlakon tak pegang2 alip satar pun pegang berlapik kan.. ke ...
ADVERTISEMENT