Oleh : Fyruz Hanna Nak kata kita sempurna pun tidak juga namun kita wanita ada hak untuk memilih. Sebelum memberi hati kepada seorang lelaki ada baiknya anda semak ciri-ciri lelaki yang tak patut anda dampingi dan harus tinggalkan. Sebelum anda jatuh cinta dengan lebih jauh. 1.Ambil Kesempatan Bak kata pepatah, kucing mana yang tak tolak ikan. Lelaki jenis ini tidak dapat menahan hawa nafsu dan pantang mempunyai peluang. 2. Lelaki pengecut
Lelaki jenis ini selalunya akan mengelak daripada mengaku membuat salah. Mereka malah jika bergaduh dengan anda, mereka seperti tidak mahu melayan anda atau hanya membalas pesanan anda dengan ringkas. Lelaki seperti ini harus dielakkan dari awal perkenalana kerana tak kemana hubungan dengan lelaki pengecut. 3.Menabur janji manis Hati-hatilah dengan mereka yang terlalu senang menabur janji dengan mu. Kerana janji suatu yang berat jika tidak ditunaikan, jika lelaki tersebut sering berjanji, hati-hati takut nanti janji cuma omong kosong. 4. Lelaki bodoh Lelaki bodoh atau kurang cerdik ini bukan diukur dengan tahap pendidikannya. Lelaki bodoh diukur dengan cara seorang lelaki menguruskan masalah dan keputusan yang dibuat. JIka keputusan nampak sangat tak pandai. Sila tinggalkan segera. 5.Lelaki tak ambil berat Lelaki untuk jadikan teman hidup adalah lelaki yang sentiasa mengambil berat tentang anda. Masalah kamu adalah masalahnya yang bukan bukan lelaki yang akan menambahkan lagi masalah dan memperlekehkan masalah kamu. 6. Kuat Merajuk Bukan tak boleh mahu merajuk namun jika berterusan merajuk tanpa usul periksa baik tinggalkan dengan kadar segera. Walaupun lelaki merajuk ini memang sebenarnya meminta perhatian namun jika berterusan akan menampakkan lelaki ini lemah. 7. Pemarah dan kaki pukul Kaum wanita seharusnya dihormati dan dilindungi. BUkannya dengan membuatkan mereka lebih terseksa. naik tangan adalah simbol lelaki pengecut. Walaupun ada banyak lagi ciri-ciri lelaki yang tak perlu didampingi, namun ini merupakan antara ciri penting yang harus anda 'detect' dahulu sebelum anda melangkah lebih jauh. -CARI Infonet. |
33
Bagus |
23
Marah |
20
Terkejut |
20
Sedih |
23
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT