Pelakon meningkat naik, Erysha Emyra menafikan dakwaan yang mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Hun Haqeem. Ketika ditemui OhBulan!, Erysha berkata dia dengan Hun hanya berkawan baik dan mula rapat sejak mereka digandingkan dalam sebuah drama. "Bercinta? Pastinya tidak sama sekali. Hubungan saya dan Hun hanya kawan di set penggambaran dan mungkin rapat sebab sudah bekerjasama dalam tempoh lama." Erysha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ramadan Astro 2024 yang diadakan di M Resort Hotel @ Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Datin Seri Noniswara itu menyifatkan Hun sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan lemah lembut. "Hun seorang lelaki yang baik, bertutur pun lemah lembut. Nak kata dia ada ciri-ciri lelaki idaman, saya rasa dia ada dan ramai lelaki lain pun ada juga."
Sementara itu, Ersyha menegaskan dia tidak mempunyai perancangan untuk mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana mahu fokus karier seni.
|
ADVERTISEMENT