CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Masih Sama Cuma Kurangkan Carutan, Kalau Boleh Tak Mahu Dah’ – Norreen Iman

14-3-2024 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2765| Komen: 3


Penghijrahan pelakon dan personaliti media sosial Norreen Iman mendapat perhatian ramai setelah dia mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.

Menerusi temu bual oleh Remaja, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah berkongsi momen awal ketika suaminya mengetahui tentang perubahannya itu.

"Saya rasa selamat dan gembira, Alhamdulillah."

"Suami bagi sokongan dan dia pun tahu saya macam mana, jadi sudah semestinya dia lagi suka bila saya bertudung. Dia pun tak cakap banyak..senyum je."

Ketika disoal tentang komen warganet, Norreen berkata dia tidak mengambil pusing dengan kecaman dan hanya membaca komen positif sahaja.

"Saya ambil komen yang positif kerana ianya beri saya semangat dan saya yakin ramai yang nak jadi muslimah yang lebih baik. Saya percaya pada diri saya sebab itu saya ambil yang positif sahaja."

Aktres berusia 30 tahun itu juga ketika ini sedang berusaha untuk menjaga pertuturan sesuai dengan imej yang dibawanya meskipun mengakui ianya agar sukar.


"Saya masih Norreen yang sama cuma kurangkan carutan, kalau boleh tak mahu dah. Sendiri-sendiri tak apa tapi kalau dekat media sosial tidaklah. Agak susah juga, tapi Alhamdulillah perlahan-lahan saya rasa dah tak perlu nak cakap macam tu."

Dalam pada itu, Norreen sempat menitipkan nasihat buat kaum hawa yang menyimpan hasrat untuk berubah ke arah yang lebih baik.


"Pada mereka yang baru nak berhijab ataupun sudah sampai masa untuk berubah, teruskan istiqamah dapatkan circle yang menyokong penghijrahan itu.

"Sentiasa yakin untuk kekal istiqamah tu sebab orang suka pandang rendah, kita boleh buat sebenarnya. Apa-apa pun Allah itu ada."

Sumber: TikTok Remaja/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honey_yayan 15-3-2024 04:59 AM
banyak pulak cerita dia ni lepas hijrah.. hari2 ada je  
Quote sayurmayur88 15-3-2024 07:34 AM
eh, tak habis lagi?
Quote KamikuP 15-3-2024 10:50 AM
mOga istiqomah dan tak makan babi lagi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.029420 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top