Pelakon Julia Farhana berkongsi momen lucu apabila dia hampir terbatal puasa gara-gara hampir terminum jus oren. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Julia berkata dia hampir terminum disebabkan berasa haus selepas penat mengemas rumah. Bagaiamanapun bersyukur kejadian tidak diingini berlaku selepas dia menyedari sedang berada dalam bulan Ramadan. "Saya hampir minum jus oren. Hari pertama berpuasa, nasib baik tak batal puasa." "Khusyuk kemas rumah, haus, automatik cari jus oren." "Otak saya tiba-tiba kata ‘sekejap’. Hari ini lain daripada hari-hari biasa, terus hantar isyarat dekat badan untuk rejecting. Puasa…"
Sekadar info, Julia mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Che Muhammad Hafiz pada Disember 2022 dan tahun ini merupakan tahun kedua dia berpuasa sebagai seorang isteri. Sumber: Instagram Julia Farhana/OhBulan |
dua_chzy replied at 13-3-2024 09:57 PM
Kalau masalah gini, cemana sis?
tulip-rain replied at 13-3-2024 02:41 PM
Hahahahaha
Betul2 ke soalan tu ke prank je.
dua_chzy replied at 13-3-2024 09:57 PM
Kalau masalah gini, cemana sis?
pichee replied at 13-3-2024 03:20 PM
hahahah budus nye situation ni.. abis tu apa jawapan nya... hahaha batal ke x
ADVERTISEMENT