PUAS menahan sabar, pelakon Datuk Aaron Aziz akhirnya membuat laporan polis terhadap empat akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan menggunakan namanya. Kata pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz, 48, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mengambil kesempatan itu perlu diberi pengajaran. Assalamualaikum, siapa yang lihat hantaran saya pagi tadi (semalam), saya sudah buat laporan polis. Scammer ada di mana-mana sekarang ini. “Nak hidup senang tanpa usaha. Kepada empat akaun ini korang tunggulah nasib kau. Dapatlah saya duit raya lebih tahun ini,” katanya dalam hantaran dalam Instagram. Pelakon filem KL Gangster itu turut berkongsi video menunjukkan salinan laporan polis yang difahamkan dibuat di sebuah balai polis di Lembah Kelang, semalam. Menerusi rakaman video terbabit, dia menyatakan tindakan tersebut diambil sebagai usaha mengekang kedegilan scammer berterusan menipu orang ramai.
Dalam hantaran lain, Aaron menzahirkan perasaan kesal apabila sikap diamnya sebelum ini membuatkan penipu besar kepala. Situasi berkenaan mendorong pelakon kelahiran Singapura itu meneruskan tindakan undang-undang.
|
cmf_premierleag replied at 12-3-2024 07:09 PM
Ala rempit low classsnya la datuk sorang ni
Ye le..bini ko pun sama datin rempit kan
anony-mous replied at 12-3-2024 07:45 PM
Dia ni jgn bg main phone sbb bahasa rempit xpadan dgn status datuk & bapak org, rupa x seiring pra ...
ADVERTISEMENT