CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Tak Balik Rumah Sejak Tahun Lalu, Ippo Hafiz Fail Nusyuz

12-3-2024 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21622| Komen: 91



Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz, memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas wanita itu tidak pulang ke kediaman mereka sejak November tahun lalu.

Ippo yang hadir bersama peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata, isterinya keluar tanpa keizinannya.

“Hari ini selesai sebutan pertama iaitu saya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri saya kerana dia keluar rumah dari rumah tanpa izin sejak November tahun lalu.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan daripada pihak saya, jadi ini adalah satu langkah yang perlu saya lakukan sebagai suami,” katanya selepas prosiding pertama hari ini.

Bagaimanapun isterinya, Fara Roslan tidak hadir ke prosiding yang berlangsung pagi tadi.

Sementara itu, Fakhrul yang mewakili anak guamnya berkata, prosiding untuk permohonan tuntutan nusyuz itu ditetapkan mahkamah pada 23 April depan.


“Alasan pertama nusyuz difailkan adalah defendan (Fara) keluar dari rumah, manakala cerai difailkan oleh sebelah sana dan kami masih belum menerima saman berkenaan. Kami hanya dapat maklumat sahaja.

“Apabila kami mahu failkan hak penjagaan anak-anak baru-baru ini, kita dapat maklumat pihak sana sudah memfailkan cerai dan hadanah,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya selaku plaintif juga sudah menyerahkan saman terhadap defendan sebelum meminta mahkamah memberi notis amaran agar hadir ke prosiding seterusnya.

“Hari ini sebutan kali pertama, defendan tidak datang dan kami sudah serahkan saman pada defendan, tapi tidak hadir. Kami cuma terima surat dari peguam syarie pihak defendan memaklumkan peguam juga tak boleh hadir sebab peguam ada kes lain.

“Jadi kami minta mahkamah bagi notis amaran dan mahkamah sudah bagi notis dan mengarahkan mereka hadir pada tarikh yang ditetapkan iaitu 23 April,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ippo enggan mengulas lanjut mengenai masalah rumah tangganya dan menyerahkan semua pada kebijaksanaan mahkamah untuk menyelesaikan.

“Saya serahkan kepada pihak mahkamah untuk selesaikan sebab sekarang ini dia masih lagi isteri saya dan saya mahu menjaga hati serta aib keluarga kami berdua.

“Sebab apabila kita bercakap soal sebegini, secara automatik akan menyebarkan aib, jadi lebih baik kita serahkan pada mahkamah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 12-3-2024 07:14 PM
Kenapa saya tak kenal mereka ni?
Quote AWEKSAMURAI 12-3-2024 07:15 PM
Baru je bulan lepas jumpa kat fesyen show raya Fazz
Quote katak hijau 12-3-2024 07:21 PM
Tak minat suara ippo ni
Suara malas
Quote rayna_raynes 12-3-2024 07:35 PM
telracs replied at 12-3-2024 07:14 PM
Kenapa saya tak kenal mereka ni?

Ippo Hafiz tak femes tapi mesti lagu2nya uols kenal
pegi dengar kat youtube



Quote telracs 12-3-2024 09:05 PM
rayna_raynes replied at 12-3-2024 11:35 AM
Ippo Hafiz tak femes tapi mesti lagu2nya uols kenal
pegi dengar kat youtube

Search kat youtube tadi... nampak banyak lagu jadi OST drama...
Masalahnya, saya tak tengok drama² melayu, jadi, saya tak pernah dengar juga lagu² tu...

Ya, ampun.....
Quote shernazz 12-3-2024 09:38 PM
Iols suka Lagu yang cite Mira filzah tu..
Quote silampumeja 12-3-2024 09:53 PM
Dia ni waktu kawin n bcinta gile2 hopeless romantic.... Pastu waktu dia sertai tabligh macam drastik gile. Tup2 dgr kisah ni
Quote silampumeja 12-3-2024 10:19 PM
Baru perasan dia dh delete semua gambar n video isteri dia
Quote aechae 12-3-2024 10:21 PM
Baik dgn Faz dia ni…lawyer pn amek lawyer Faz
Quote ninajaybee 12-3-2024 10:23 PM
Siapa pula ni. Cerai and move on je lah.
Quote lasagnaklcc 12-3-2024 10:33 PM
Selalu terfikir wife yg keluar rumah ni sbb laki tak mampu provide yg sepatutnya. Jaranglah perempuan ada org lain.
Quote MissYouSayang 12-3-2024 10:39 PM
Geng missfakee...
Quote AWEKSAMURAI 12-3-2024 10:39 PM
aechae replied at 12-3-2024 10:21 PM
Baik dgn Faz dia ni…lawyer pn amek lawyer Faz

Faz mmg selalu hire dia nyanyi kat majlis2 faz
Quote Carcosa 12-3-2024 10:42 PM
Mati2 aku ingat retis Yindon, sbb nama mcm style belah2 sana. Nmpk sgt aku tak kenal mereka ni. Maaf dipinta sempena kita di bulan Remdan ni.
Quote Kangkung1M 12-3-2024 10:52 PM
Edited by Kangkung1M at 12-3-2024 11:38 AM
silampumeja replied at 12-3-2024 09:53 AM
Dia ni waktu kawin n bcinta gile2 hopeless romantic.... Pastu waktu dia sertai tabligh macam drastik ...

Memang romantik Ippo ni. Lagu2 dia pon semua bergenre cinta. Dan dia juga digelar 'Mr. OST'.

Dia pernah cerita dalam satu segmen di radio, untuk buat lagu OST, dia akan berkampung di lokasi penggambaran drama tersebut untuk dapat 'feel'.

Isteri dia jadi model video muzik lagu Saat Bahagia.

[TikTok]7186900451973958938[/TikTok]
Quote gerbera.memopad 12-3-2024 11:16 PM
Aku suka lagu Ippo yang ni. Banyak pakai untuk drama-drama.

[youtube]YCS8QYceBAo[/youtube]
Quote pocongkiutss 12-3-2024 11:27 PM
TLU pun ada guna lagu dia kan

Mohtip tak move on..hahaha
Quote Cikbunge80 12-3-2024 11:36 PM
pocongkiutss replied at 12-3-2024 11:27 PM
TLU pun ada guna lagu dia kan

Mohtip tak move on..hahaha

Kannnnn..
Quote gerbera.memopad 12-3-2024 11:41 PM
pocongkiutss replied at 12-3-2024 11:27 PM
TLU pun ada guna lagu dia kan

Mohtip tak move on..hahaha

Dah bertahun, tetaplah ulang tengok paling kurang setahun sekali

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043608 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top