CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Antara Punca Mengapa Lelaki Curang

10-12-2015 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6947| Komen: 4


Oleh : Dean BZ


CURANG... Mengapa ia berlaku dalam sesebuah perhubungan? Kecurangan ada kalanya berlaku dengan sedar dan juga tanpa kita sedari. Namun perlu dipandang serius dan dibendung sebelum ia memusnahkan sebuah perhubungan.

Banyak punca-punca yang menyebabkan seseorang lelaki memilih jalan untuk berlaku curang dengan pasangan. 

Ini antara sebab-sebab mengapa lelaki berlaku curang dengan pasangan mereka, dipetik dari Zoncinta.com .

Foto : crownmequeen.weebly.com


#1- Perempuan Kuat Membebel Dan Merungut
Lelaki sejujurnya tidak menyukai teman wanita atau isteri yang kerap membebel setiap masa. Cukuplah dengan leteran ibu semasa kanak-kanak dan tengkingan bos di pejabat. Pasangan seharusnya melafazkan kata-kata yang menyejukkan hati dan bukannya menaruk minyak . Atau lebih bijak lagi, berdiam diri. Lelaki tidak suka apabila diajukan bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi apabila si lelaki dilanda masalah kerjaya atau mengharungi hari yang memenatkan. Bila telinga sudah tak tahan, keluar rumah bukanlah sesuatu perbuatan yang sukar bagi lelaki.

Foto : crownmequeen.weebly.com


#2- Peluang ada di mana-mana
Si lelaki tahu bahawa girlfriend/ isteri mereka tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk mengetahui apa yang sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka peluang untuk mereka berfoya-foya dengan perempuan lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingat, ketika si lelaki leka mencuri peluang, di pihak perempuan pula sibuk memasang ‘mata-mata’. Jangan sampai kantoi!

Foto : crownmequeen.weebly.com


#3- Test Market
Setia dengan perhubungan jangkamasa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata orang di luar sana? Jadi mereka cenderung untuk flirt dengan perempuan sepejabat atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara, hanya untuk cuba-cuba, tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.

Foto : hanasuva.com


#4- Pernah Ditipu
It’s the rule of thumb: Si lelaki pernah ditipu dalam perhubungan, dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu. Si perempuan kantoi berkayu tiga dengan jantan lain, dan di pihak lelaki, secara semulajadi kelakiannya, akan membalas apa yang teman wanita/isteri dia lakukan. Bunyinya agak janggal dan ekstrim, tapi itulah hukum karma.


#5- Kurang Romantisme Dalam Perhubungan
Seperti kaum perempuan, si lelaki juga suka akan surprise dan momen-momen romantis, tetapi tidaklah sekerap perempuan. Cukuplah sekadar perkara yang membuatkan mereka dihargai. Hubungan seks yang berkualiti juga dapat menjamin kesejahteraan rumah tangga/perhubungan.

Foto : glamour.com


#6- Salah Lelaki Itu Sendiri
Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya zina. Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, hendaklah ditangani dengan waras akal dan berhemah. Si lelaki, sebagai pemimpin, haruslah berusaha mengekalkan mahligai yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah.

Foto : goodreads.com


#7- Sudah Tiada Cinta Lagi
Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Si lelaki mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda. Mungkin mereka belum punya sebab kukuh untuk putus, atau masih perlukan ‘love-with-benefit’ daripada anda (wang, pengaruh, atau pelajaran). Ya, lelaki kadangkala seteruk itu…


Kepada brader-brader, elakkan dari berlaku curang dengan pasangan kerana curang bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sista pula, jika anda sudah tahu anda silap, perbetulkan kesilapan diri. Pokok pangkalnya setiap pasangan yang inginkan kebahagiaan yang berpanjangan perlu membuang sikap egois dalam diri. Jangan sesekali asyik menyalahkan antara satu sama lain. - CARI Infonet.





9

Bagus
31

Marah
4

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 10-12-2015 03:35 PM
Salahhhhh sme di atas tu
Lelaki curang hanya satu je sbab ykni sebab ego

Atas tu sme alasan

Dn jgn terkejut ego ni bukan dosa or salah ok? Tapi wajib adil klojantan nk berlebih ego, ppuan ber ego gak tp dlm kelembutan so susah nk nmpak oang saluingat itu kelemahan tp sebenonya kekuatanwanitamcm airsetitis lamaaaa kang bleh pecahkanbatuuuuu haaa
Quote mdhelmi 10-12-2015 04:41 PM
adakah berkahwin lebih daripada 1 dikatakan curang?
Quote qronaldo7 10-12-2015 05:13 PM
test market
Quote setokinpurple 10-12-2015 05:59 PM
Semoga exbf aku curang dgn bini dia. Aminn

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070756 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top