CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Amah, Bekas Adun Tronoh Dikurangkan Hukuman Lapan Tahun Penjara, Tetap Kena Hukuman Sebat

4-3-2024 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6120| Komen: 16

Description: Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, tadi, mengurangkan hukuman lapan tahun penjara dan mengekalkan dua sebatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong selepas mer ...


Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, tadi, mengurangkan hukuman lapan tahun penjara dan mengekalkan dua sebatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong selepas merogol pembantu rumahnya, lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim dengan majoriti 2-1 diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Hakim Datuk Azman Abdullah (menolak rayuan Paul selaku perayu) manakala Datuk SM Komathy menentang keputusan majoriti.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap Paul Yong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun.

Pada 30 Januari lalu, panel terbabit selesai mendengar hujahan daripada peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Paul Yong dan pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fuad Abdul Aziz.


Hisyam ketika berhujah menyatakan anak guamnya diprejudiskan apabila tidak diberikan peluang untuk berdepan dengan mangsa yang juga bekas pembantu rumahnya warga Indonesia.

Katanya, Hakim Bicara terkhilaf apabila mengguna pakai Seksyen 265 Kanun Tatacara Jenayah bagi melindungi identiti mangsa adalah tidak wajar dalam kes ini kerana daripada awal lagi identiti mangsa telah didedahkan dalam kertas pertuduhan.

Sementara itu, Fuad yang mewakili pendakwaan menghujahkan bahawa walaupun pihak pembelaan tidak dapat melihat wajah mangsa namun mereka masih boleh menyoal balas mangsa.

"Walaupun pihak-pihak lain tidak dapat melihat tingkah laku, mimik muka atas keadaan mangsa ketika memberi keterangan, namun hakim bicara dapat melihatnya. Penilaian yang dibuat oleh hakim bicara telah mengambil kira segala fakta termasuk tingkah laku mangsa," kata pendakwa raya itu.

Pada 27 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed mendapati Paul Yong bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di dalam bilik rumahnya di Ipoh, Perak antara jam 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Ketika memberikan keterangan membela diri secara bersumpah, Paul Yong menyatakan bahawa dakwaan rogol itu adalah satu konspirasi politik bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan kelebihan tiga undi.

Turut dipanggil sebagai saksi pembelaan ialah isterinya, Too Choon Looi dan bapa saudara mangsa.

Paul Yong diperintah untuk membela diri atas pertuduhan pada 7 Disember 2021 dan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 Ogos 2019.

Pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan memerintahkan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan selepas membenarkan rayuan Paul Yong.

Perbicaraan kes itu bermula pada 5 April 2021 dengan 23 saksi termasuk dua saksi terlindung dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 2-3-2024 11:38 AM
Sialan! Brengsettt!
Quote sharlenetexas 2-3-2024 02:30 PM
Sape kata ri tu gi cari pelacur?


Quote Decaffeinated 2-3-2024 05:52 PM
Mungkin dia tersilap faham ingatkan hamba itu halal untuk tuannya.
Quote Lolalala 2-3-2024 09:26 PM
Mabuk ke masa rogol tu?
Quote airmineral 4-3-2024 02:35 PM
da ada kes jenayah pun leh jadi Adun lagi ke ayoooo
Quote adiksha 4-3-2024 02:56 PM
cantek ke weh maid dia tu?
Quote Lolalala 4-3-2024 03:06 PM
airmineral: da ada kes jenayah pun leh jad ...

Kan dah jadi bekas adun tu. Masa dia jadi adun tengah perform tetiba ada berita gini. Turun takhta terus dia
Quote gideoncross 10-3-2024 10:13 AM
Sex with consent is a must
Quote akusukaq 10-3-2024 09:09 PM
Edited by akusukaq at 10-3-2024 09:11 PM
adiksha replied at 4-3-2024 02:56 PM
cantek ke weh maid dia tu?

images.jpeg

Maid paling ada rupa among all the maids.Ada foto dlm paper cina
Quote MissVixen 10-3-2024 09:32 PM
akusukaq replied at 10-3-2024 09:09 PM
Maid paling ada rupa among all the maids.Ada foto dlm paper cina

Macam muka ruhainis tangkap basah.
Quote s@s@ 11-3-2024 09:27 AM
akusukaq replied at 10-3-2024 09:09 PM
Maid paling ada rupa among all the maids.Ada foto dlm paper cina

patutla...... tapi kira ok la x rogol jantan
Quote adiksha 11-3-2024 03:55 PM
akusukaq replied at 10-3-2024 09:09 PM
Maid paling ada rupa among all the maids.Ada foto dlm paper cina

mekaseh u olsss
patut ler....cantekkkk p
Quote supernaturalee 12-3-2024 11:10 AM
nama dia sama dgn 1 watak dlm desperate housewives

Quote zjen 12-3-2024 05:46 PM
so moger moger Jesus lindungi bontot semasa kene sebat ya

bebird jantan nakal mmg tak kira agama, bangsa, haiwan atau manusia
Quote zjen 12-3-2024 05:51 PM
kalu budak syed ada rasuah,  iols pon sapot habis sebat montot  ... biar pemuda UMNO PAS PKR semua amik iktibar  ....kalu nak rasuah bebas dr sebat,  tunggu jelah umur dah sampai 60 tahun baru naik bertanding PRU
Quote otai_g 13-3-2024 03:04 AM
Lama da Kes ni sejak ph 1.0 jd kerajaan lg. Tp knp nak kurangkan hukuman penjara? Ni Kes berat ni. Patutnya hukuman yg sesuai ialah kena bg seksaan je seumur hidup.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.227023 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top