Panas! Ibu Puteri Balqis naik angin apabila satu portal memuat naik video anaknya bersenam di Instagram dengan kapsyen mengundang. Blogger tersebut menulis “Ramai terkejut tahu tahu Puteri Balqis dah membesar” membuatkan ibu Puteri Balqish memberi arahan supaya video diturunkan segera. Tulis Norashikin Mohd Aziz lagi, video itu diambil untuk tujuan kerja namun dimuat naik semula oleh portal tersebut tanpa izinnya.
Dakwanya lagi, portal berkenaan sebelum ini pernah menerima bayaran RM5,000 untuk mengeluarkan artikel fitnah berkaitan dirinya. Norashikin berkata, anaknya hanya mencari rezeki dan tidak pernah mengacau sesiapa. Jadi, tak perlulah ‘usik’ anaknya semata-mata untuk mengumpul haters. Panjang lebar ibu Puteri Balqis tulis memberi amaran kepada blogger supaya tidak cari pasal dengan keluarganya. Fuh, memang marah betul ni. Seram baca! Kredit: Instagram Puteri Balqis/OhMedia |
Wek_omeh2 replied at 29-2-2024 04:59 PM
Mak dak ni dah kawin ke dgn faris tu??
Tgok faris tu up my wife bagai..tapi tutup komen
ADVERTISEMENT