|
Tular di media sosial, video memaparkan penyanyi Pop legenda dunia, Madonna terjatuh dari kerusi ketika sedang diheret oleh penarinya, kelmarin. Insiden itu berlaku ketika sedang mempersembahkan lagu hitnya, Open Your Heart di Seattle sempena siri jelajah, Celebration Tour. Persembahan diinspirasikan daripada video muzik yang yang popular pada 1986 itu, namun, insiden berlaku selepas penari lelaki berkasut tumit tinggi itu terpelecok dan kedua-dua mereka jatuh tersembam di lantai pentas. Madonna bagaimanapun, mengawal keadaan dengan sangat profesional dan terus melantunkan bait-bait lirik dalam lagu itu tanpa sebarang masalah sementara penarinya terus mengalihkan kerusi itu. Rata-rata, netizen memberikan pelbagai reaksi bercampur baur atas kejadian itu. "Itu sebabnya dia digelar Ratu!" tulis satu netizen di X. "Mungkin lelaki tak patut pakai kasut tumit tinggi," tulis satu netizen di Instagram.
"Nenek perlu bersara," tulis satu lagi netizen. Dalam komen lain, ramai juga netizen yang melihat nyanyiannya tidak terjejas kerana dia hanya 'miming' atau bergerak suara ketika mempersembahkan lagu itu. Sumber : Berita Harian |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056966 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.