“BETUL, saya tarik diri daripada AJL38 sebab ada acara yang telah diatur sebelumnya.” Demikian kata Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah sekali gus mengesahkan beliau tidak akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38). Jamal, 65, ketika dihubungi HibGlam berkata, dia terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan berprestij itu menerusi lagu Kucuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita kerana terikat dengan komitmen lain. Acara itu telah dipersetujui lebih awal, saya tidak boleh menolaknya,” kata Jamal. Selain terpaksa menarik diri kerana terbabit dengan program lain, pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu juga mempunyai beberapa sebab lain yang lebih besar, namun enggan mendedahkannya. Selain terbabit dengan program lain, ada beberapa sebab lebih besar yang saya tidak boleh kongsikan,” ujarnya. Pada masa sama, Jamal turut mengakui berasa ralat kerana tidak dapat menyanyikan lagu Kucuma bersama Wany Hasrita di AJL38.
Saya rasa ralat juga tak dapat menyertai AJL38. Antara artis muda, ada terselit saya pula. Tapi tidak mengapa, bukan rezeki saya,” katanya. Dalam pada itu, Jamal enggan memberikan komen apabila disoal tentang ketiadaan wajahnya dalam video promosi AJL38 yang tular dalam media sosial. “Tentang ketiadaan wajah saya dalam video promosi AJL38, saya tidak boleh komen apa-apa. “Kalau tak ada (wajahnya), maksudnya tak adalah,” kata Jamal. Terdahulu, tular dalam aplikasi X apabila netizen mempersoalkan mengapa penyanyi legenda itu dalam video promosi AJL38. Kata beberapa netizen, ketiadaan wajah bapa kepada penyanyi Osama Yamani dan Zaki Yamani itu adalah disebabkan beliau telah menarik diri. Kucuma yang bakal bertanding di pentas AJl38 pada 3 Mac hadapan merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik A. Ramlee dan Ezra Kong. Sumber – HIBGLAM |
ezacbee replied at 19-2-2024 10:47 AM
Laku tul tok jamal. Sana sini full. Baru nampak mata atok klo x manjang gelap.
beta_carotene replied at 19-2-2024 11:13 AM
tak menepati lagu la kalo amik org muda ganti
lagu ni kan nasihat bapak kepada anak gatal nk nikoh g ...
I.K.A888990 replied at 19-2-2024 11:14 AM
kalau betul anak dia yg ganti kira rezeki la dpt beraksi kat ajl tu
kalau bukan agak2 siapa lah ek y ...
Belibis replied at 19-2-2024 11:35 AM
Suara m nasir dengan mawi jer yang ada bunyi macam jamal..
ADVERTISEMENT