CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watak Ustaz ‘Bersihkan’ Nama Aniq Suhair

18-2-2024 07:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7498| Komen: 28


Pernah disensasikan dengan kontroversi menghamilkan wanita luar nikah, watak ustaz menerusi drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah meninggalkan impak besar bahkan dilihat menyelamatkan nama pelakon Aniq Suhair yang sehingga kini mula dipanggil Ustaz Iqbal dalam kalangan peminat.

Menurut Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 24, dia tidak pernah menyangka wataknya itu berjaya mendapat tempat dalam hati peminat.

“Sejujurnya rasa terharu dan gembira sebab drama ini beri impak besar terhadap karier sebagai pelakon sehingga mula ada peminat dari Indonesia, Thailand, Brunei dan banyak lagi.

“Saya tak nafikan apabila ke mana-mana sekarang sudah ada yang tegur dan panggil saya sebagai Ustaz Iqbal.

“Memang terharu sebab nama watak diingati walaupun hakikatnya mereka tahu saya bukan seorang ustaz pun,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 mengakui watak Ustaz Iqbal sangat mencabar kemampuannya sebagai seorang pelakon.

Aniq juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menjayakan watak sebegitu lagi selepas ini kerana percaya mampu memberi impak positif kepada para penonton.

“Antara cabaran terbesar berlakon sebagai iqbal ialah bagaimana untuk saya warnakan watak ini.

“Iqbal ini terlalu sempurna, baik dan tiada kekurangan jadi saya selalu bertanya dengan pengarah untuk menampakkan dia juga adalah manusia biasa.

“Disebabkan drama ini, saya banyak belajar tentang emosi secara dalaman dan memperbaiki bacaan tajwid al-Quran dengan bimbingan individu yang berkaitan,” katanya yang kini berada di Madinah bagi menunaikan ibadah umrah.


Drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah yang sudah menamatkan siarannya pada Khamis lalu turut dibintangi oleh Rita Nadira, Zamarul Hisyam, Aidit Noh, Lydiawati dan Zulkifli Ismail.

Naskhah arahan Shuhaimi Zulkefli itu turut tular dalam media sosial sehingga ada yang berharap drama tersebut disambung ke musim kedua. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 18-2-2024 07:56 PM
Bongok ape watak ustaz boleh sucikan orang pulak?
Quote noor2 18-2-2024 07:59 PM
Kahkah...watak mcm ni la kut yg abby abadi kata watak bernilai disisi Allah
Quote Hoshhi 18-2-2024 09:09 PM
Edited by Hoshhi at 18-2-2024 09:10 PM

Aku tak boleh tengok cite dia ni lah. Terngiang ngiang dengan kontroversi dia tu
Quote Binderclips 18-2-2024 09:47 PM
Sbb dia berlakon jd ustaz. Netizen terus lupa pesal kontroversi dia. Lps ni, mesti ramai pelakon yg ada masalah akan berlakon watak org warak atau agamawan
Quote jejai 19-2-2024 12:36 AM
Tetap nampak muka budak2
Quote aemon 19-2-2024 01:12 AM
Sebab muka ko berupa..cuba muka ko mcm pablo miyul ke..miyul pendi ke..confirm kena cerca sampai bila2.
Quote pocongkiutss 19-2-2024 01:20 AM
Ewww..sejak bilaaa? Iols walaupun minat Rita Nadira..iol boikot sbb adanya wajah mamat ni & si aidit tu
Quote CariMalay 19-2-2024 03:46 AM
Edited by CariMalay at 19-2-2024 03:48 AM

Bertaik siot statement dia ni, busuk cam cibai. Habis melekat bau taik dia kat aku bila baca. Hanat tol, bodo punya taik busuk
Quote 19-2-2024 05:26 AM
ketahian apa kah ini
Quote I.K.A888990 19-2-2024 08:07 AM
wow sesuci embun pagi eh sejak2 berusetaz ni...
aku heran awat melodi ka apa ka tak de yg terjah dia ni tanya benda sebenar
ke ada aku je yg tak tau?????
Quote caramel_cloud9 19-2-2024 08:20 AM
I.K.A888990 replied at 19-2-2024 08:07 AM
wow sesuci embun pagi eh sejak2 berusetaz ni...
aku heran awat melodi ka apa ka tak de yg terjah dia ...

Ke cable dia sgt besar itu yg melodi takut nak terjah
Quote I.K.A888990 19-2-2024 08:32 AM
caramel_cloud9 replied at 19-2-2024 08:20 AM
Ke cable dia sgt besar itu yg melodi takut nak terjah

mmg gitu la nampaknya
Quote Binderclips 19-2-2024 08:45 AM
caramel_cloud9 replied at 19-2-2024 08:20 AM
Ke cable dia sgt besar itu yg melodi takut nak terjah

Perempuan yg expose aniq pon senyap je kn lps drama ni popular?
Quote epullipan 19-2-2024 08:46 AM
terpaling ustaz la ko mat.. bole geng ngn lebit la ni
Quote bungarose 19-2-2024 08:56 AM
Bajet alim lepas berlakon alim ker
Quote lightheaded67 19-2-2024 09:11 AM
Edited by lightheaded67 at 19-2-2024 09:12 AM

siape ingt dulu ade topik incest ke ape, lupe dah (malas nk beklog trit, pastu malas nk beklog list reply sndirik), yg ckp psl anak nabi adam dulu pun incest, tak ingt lagi ape context, y now takleh. aku punye pikiran, dulu tak pekat now, dh pekat sgt jika incest dibenarkan jugak sgt bnyk masalah. aci ke jwb skrg, aci la ek kadg2 tak smua perkara jwapan nye kita dapat/boleh pikir dan dan tu juga hohoho
Quote Olleo 19-2-2024 10:19 AM
Edited by Olleo at 19-2-2024 10:20 AM

Sbb tu irl pun ramai nk potray beriman ala2 setat ni, sbb dpt sijil halal dr netizen yg br hafal iqra yg begitulah sepatutnya atttitude seorang badboy idaman mereka.

Lg artis ada isu, lagi berebut2 penerbit nk amik buat modal viral. Sbb tu artis kita ni xheran dicerca, sbb benda tu yg makin buat nama tu naik.
Nak2 klau isu melibatkan kes tak berakhlak mcm ni.
Xde manner betul cara promotion drama.

Finas atau Gov patut buat satu rules tegas utk artis yg buat perangai ni, selagi tak dibuktikan tak bersalah..selagi tu artis tu kena gam. Settle dlu pertuduhan, baru msk blk industri. Klau tgh dibicarakan, atau ada tuduhan..terus gantung atau gam..Klau dh terbukti salah, banned terus dr industri.

Buat kerja syok sdiri. Xpe perangai tu personal katanya, yg penting disiplin. Taik betul, benda tu ko duk promote naikkan manusia yg xde akhlak. Lagi2 bdk zaman skrg ni jenis nk mengidolakan jantan2 muka cani.
Quote iza_just2c 19-2-2024 10:24 AM
yg kes rogol tu kan
Quote bukan_ustazah 19-2-2024 10:46 AM
Dulu ada rasa nak tengok cerita ni bila tahu dia bunuh anak sendiri lepastu pukul perempuan terus tak tengok sebab munafik sungguh watak tu dengan dia. Cerita ni dia bercinta dengan perempuan hamil anak luar nikah padahal kehidupan sebenar bunuh anak sendiri.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.108871 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top