Tiada lagi kelibat pengurus baharu, Azrul Anuar di sisi, penyanyi, Aina Abdul mengesahkan dirinya kini sudah kembali menggunakan khidmat kepada pengurus lama iaitu individu bernama Zizi Hadid. Nafi menjilat ludah sendiri, Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasukan pengurusan lama bagi mengelola kerja seninya selepas ini. “Saya sudah kembali kepada pasukan pertama saya. “Apa yang boleh saya katakan, ini adalah pasukan yang terbaik. “Bagaimana saya ke kiri atau kanan sekalipun, mereka inilah yang bersama dan selalu ada menyokong saya,” katanya kepada Kosmo! Online. Jelas pelantun lagu Terus Hidup itu, dia tidak menyingkirkan bekas pengurusnya sebaliknya menegaskan Azrul sudah mempunyai haluan kerjaya yang lain. “Semua orang ada rezeki masing-masing.
“Pengurus lama saya sudah mempunyai peluang pekerjaan lain. “Kini, saya balik kepada pasukan pertama saya iaitu pengurus dan abang yang sudah menjaga saya sejak dahulu,” ujarnya menoktahkan soalan.
|
Tiada lagi kelibat pengurus baharu, Azrul Anuar di sisi, penyanyi, Aina Abdul mengesahkan dirinya kini sudah kembali menggunakan khidmat kepada pengurus lama iaitu individu bernama Zizi Hadid.
lovelytouch replied at 18-2-2024 12:19 PM
Apa agaknya prob dek aina dgn azrul.. tgk ig azrul kat story hri tu something fishyyy gittchewww..
ADVERTISEMENT