Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat pulang ke kampung halaman yang terletak di Kuala Lipis, Pahang. Terbaharu, tular sepotong video memperlihatkan Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, sedang bersalaman dengan ibunya, Siti Salmah Bachik sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Dalam video berkenaan, Siti yang mengenakan baju kurung berona biru muda sempat menghulurkan wang belanja kepada ibunya. Seperti dijangka, rakaman tersebut bakal menuai pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya memuji sikap Siti yang sentiasa mengutamakan ibunya. Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa rindu untuk melakukan perkara sama dengan ibu mereka yang berada di kampung.
Selain sifat baik yang ada pada pelantun lagu Cindai itu, netizen yang singgah ke ruangan balas turut bercerita tentang sifat rendah diri yang dimiliki Siti Salmah atau mesra dengan sapaan Mak Salmah. Sumber: TikTok/OhBulan |
Binodino replied at 16-2-2024 07:39 PM
Netizen yang kemain memuji tu tak pernah hulur duit kat mak ayah ke?
Binodino replied at 16-2-2024 07:39 PM
Netizen yang kemain memuji tu tak pernah hulur duit kat mak ayah ke?
matjerk replied at 16-2-2024 07:44 PM
Kurus pulak dlm ni
gekkou replied at 16-2-2024 08:16 PM
korg yang muji ni memang jenis tak balik jmpa mak ayah
tak pernah hulur duit kah?
che-cikL replied at 16-2-2024 09:51 PM
Keras aje Piah dgn Nek Salmah
ADVERTISEMENT