NEW DELHI – Seorang wanita dari negeri Odisha yang dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran, membuka matanya sejurus sebelum jasadnya dibakar, lapor laman berita Deccan Herald semalam. Wanita berusia 52 tahun itu dibawa ke sebuah tempat pembakaran mayat, sebelum ‘jasadnya’ bergerak dan mengejutkan ahli keluarganya. Menurut ahli keluarganya, wanita tersebut mengalami lebih 50 peratus kecederaan melecur dalam insiden kebakaran di rumah pada 1 Februari lalu sebelum dibawa ke sebuah hospital. Bagaimanapun, apabila pihak hospital merujuk wanita berkenaan ke kemudahan perubatan lain, suaminya membawanya pulang kerana kekurangan wang. “Pada Isnin lalu, ketika berada di rumah, dia tidak membuka matanya dan kelihatan tidak bernafas. “Kami fikirkan dia telah mati dan memaklumkan kepada orang lain di kawasan itu,” kata suami wanita tersebut, Sibaram Palo.
Tanpa berunding dengan doktor atau cuba mendapatkan sijil kematian, suami wanita tersebut membawa ‘jasadnya’ ke tempat pembakaran mayat berhampiran. “Kayu api untuk pembakaran hampir siap apabila dia membuka matanya secara tiba-tiba. Kami pada mulanya terkejut. “Namun, apabila kami mula memanggilnya, dia memberi tindak balas. Ia satu keajaiban,” kata jiran Sibaram, K Chiranjibi. – AGENSI Sumber : Kosmo |
tripleid replied at 14-2-2024 01:08 PM
kalau naik lrt turun stesen Sentul, terang2 boleh nmpak hindu bakar mayat dlm kuil kat bwh track.ser ...
epullipan replied at 14-2-2024 01:49 PM
dia buat open punya pembakaran ke? mcm kat citer hindustan tu??
tripleid replied at 14-2-2024 02:52 PM
Ye mcm dlm cite nustan tu la bakar guna kayu..boleh tgk dari dalam lrt..x silap total ada 8 tapak ...
tripleid replied at 14-2-2024 02:52 PM
Ye mcm dlm cite nustan tu la bakar guna kayu..boleh tgk dari dalam lrt..x silap total ada 8 tapak ...
epullipan replied at 14-2-2024 03:28 PM
td try tgk via google map..Sri Raja temple kan nama dia dekat stesen sentul timur tu,perasan ade b ...
krustykrab replied at 14-2-2024 03:48 PM
Mesti bau mcm org tgh buat bbq kan
tripleid replied at 14-2-2024 03:52 PM
Bau bbq daging rentung
ADVERTISEMENT