CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kau Bod*h Bang” - Netizen Geram Dengan Tindakan Lelaki Ini Lepas Dapat Tahu Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja

8-2-2024 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12090| Komen: 68

Description: Luahan seorang lelaki bergelar suami tentang isterinya baru-baru ini tular selepas ia mendapat perhatian ramai warganet di Twitter.
Gambar sekadar hiasan



Luahan seorang lelaki bergelar suami tentang isterinya baru-baru ini tular selepas ia mendapat perhatian ramai warganet di Twitter.

Menerusi perkongsian itu, dia meluahkan bahawa isterinya berlaku curang namun dia enggan menceraikan wanita tersebut kerana mereka memiliki dua cahaya mata.

Menurut lelaki itu, mereka sudah lapan tahun berkahwin dan mempunyai anak berusia empat dan tujuh tahun namun tindakannya selepas mendapat tahu kecurangan isteri dipertikai warganet.

Kata lelaki berkenaan, dia tahu tentang hal tersebut namun menanti selama dua bulan sebelum akhirnya berdepan dengan isterinya yang berusia 35 tahun itu.

"Bila dah kantoi, gambar ada love bite, dia boleh cakap ‘saya dah tau yang saya kantoi’."

Meskipun sudah kantoi namun isterinya masih menjalinkan hubungan dengan lelaki sama yang juga merupakan rakan sepejabat malah officemates juga memberi mereka ‘restu’.

Pelbagai hadiah sudah diberikan olehnya kepada isteri untuk menambar hatinya semula agar rumah tangga kembali bahagia namun ia tidak berhasil.

"Aku dah nasihat dan dah serang laki tu dekat Whatsapp. Dua dua dah minta maaf tapi masih berlaku. Hadiah jangan cakap la. Aku dah bagi macam macam, beg baru, phone, camera…."

Malah, isterinya kemudian mula menggunakan ‘anti peeping’ pada telefon dan turut mengunci Whatsapp agar dia tidak dapat membaca mesej mereka.



Ujarnya lagi, isterinya itu asyik berkata bahawa dia menyayangi lelaki tersebut namun masih mahu meneruskan perkahwinan kerana memerlukannya sebagai ayah kepada anak-anak.

Dia turut bertanya pendapat orang ramai apa yang patut dilakukannya untuk membuat isterinya berhenti berhubung dengan lelaki berkenaan.

"Patut ke saya larang dia bekerja dan jadi suri rumah atau rampas kunci kereta dan telefon supaya dia lupa laki tu. Atau, cerai?"




Perkongsian tersebut mengundang pertikaian ramai pengguna Twitter yang tidak mengerti mengapa dia masih bertahan dan tidak bercerai sahaja selepas diperlakukan sebegitu.

Dalam pada itu, segelintir individu berpendapat sikapnya yang tidak tegas mungkin menjadi punca kepada isterinya berani ‘pijak kepala’.




Bukan itu sahaja, beberapa individu turut tertanya jika lelaki tersebut dikira sebagai dayus kerana tahu kecurangan isteri namun tidak mengambil tindakan sewajarnya.

"Boleh anggap dayus ke ni? Sebab tahu isteri ada affair tapi biarkan berlarutan."

Jadi apa pula pandangan anda?

Sumber : Beautifulnara.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 8-2-2024 10:07 AM
Bini dia narcissist ke.. pandai manipulate laki sampai bodo piang dayus lagu ni
Quote prettyuglybabe 8-2-2024 10:20 AM
apa beza laki ni dengan pompuan yang tak nak cerai bila laki curang?
sama je bodohnya..
Quote Beribear 8-2-2024 10:30 AM
Cantik sangat kot bini dia, suara sedap ke. Selalu laki jadi bodoh sebab perempuan cantik. Hadap jelah, kau pon nak dia lagi siap bagi hadiah macam²
Quote mojarean_X 8-2-2024 10:35 AM
Kena nasi kangkang ke chuols?
Quote ezacbee 8-2-2024 10:37 AM
Sexy kot.. tu yang x sanggup nak cerai.

Hadap jelah dah ko yg nak..
Quote star_karat 8-2-2024 11:00 AM
Bini blow baik..
Quote Simunggu 8-2-2024 11:05 AM
ceraikan shj...kahwin baru...hidup aman boleh masuk syurga...
Quote IzzahF 8-2-2024 11:21 AM
ni mesti honda civic bini bayar kahkah
Quote cranell 8-2-2024 11:26 AM
content je tu.
Quote Yoonggi 8-2-2024 11:42 AM
ni namanya bingai
Quote ifanonline 8-2-2024 11:54 AM
lelaki yg suka kacau bini org ni memang antara makhluk tuhan yg sama taraf dgn babi
Quote sufi^_^ 8-2-2024 12:06 PM
Dayusnya, bini dah main ranjang sampai bawak balik love bite pun masih nak simpan.

Btw, mak2 orang yang berzina ni tak ada rasa malu kat anak2 ke?
Kot iye tak malu kat Allah sebab tak nampak?

Balik rumah tengok muka anak2 tak de rasa bersalah ke?

Camana kau nak didik anak2 & tunjuk contoh teladan yang baik bila kau sendiri hidup bergelumang dosa zina?

Patut kena rejam sampai mampus je laki/bini orang yang kaki zina ni.
Quote ifanonline 8-2-2024 12:07 PM
sebab tu dlm islam, isteri atau suami yg curang, kena rejam sampai mati
Quote BoongaKertas 8-2-2024 12:14 PM
jijiknya eh perangai pompuan tu. mohon laki tu jgn berendam sgt dgn kebodohan.
Quote MissYouSayang 8-2-2024 12:19 PM
Bini nafsu kuda kuat ngesek
Quote Decaffeinated 8-2-2024 12:23 PM
hukum sahaja diri sendiri dengan potong konek dek.

nak simpan buat hiasan bini pun dah tak pandang
Quote haslina_z 8-2-2024 01:00 PM
office romance...    gosip tempat keje....   
Quote Decaffeinated 8-2-2024 01:31 PM
aku tak fikir ini sebab sex addiction

jantan ni memang loser menyebabkan bini makin tawar hati

cerai ja lah. Untuk kebaikan anak2 juga.
Quote Cyempaka 8-2-2024 01:46 PM
a ah la.. kau bodoh
xpela hidup didunia ni sementara je.. bodo je la kau sampai mati. sabar la kejap ye

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062237 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top