Oleh Izzah Abbasy
Cincin kahwin sangat penting bagi setiap pasangan. Ia lambang penyatuan dan ikatan sesebuah perhubungan. Sebab itulah, cincin yang dipilih bukanlah yang biasa-biasa. Harga pula tidak perlu dibincang lagi, kerana masing-masing mengikut kemampuan. Ada sesetengah pasangan lebih suka memilih cincin emas kuning. Ada juga yang lebih suka emas putih kerana tampak moden, bergaya dan elegan. Tidak kiralah emas kuning atau putih, yang pasti memilih cincin perlu ada caranya. Bagaimana?
1) Pilihan perlu tepat Sebelum beli dan membuat pilihan, pastikan anda dan pasangan setuju dengan cincin yang dipilih. Pastikan ia selesa apabila tersarung pada jari manis anda. 2) Padankan dengan fizikal jari Pemilihan cincin yang sesuai dengan jari anda sangat mainkan peranan. Cincin yang dipilih perlu padan dengan warna kulit dan saiz jari anda. Emas kuning memang sesuai dengan semua kulit. Namun, hati-hati dengan emas putih kerana ada sesetengah orang, ia agak kelihatan kurang sesuai apabila disarungkan. 3) Perhatikan betul-betul jenis bahan Perlu teliti dengan bahan cincin tersebut. Jangan kerana cantik sahaja anda terus terpikat. Sudahnya, pakai sahaja beberapa bulan sudah patah atau terhakis dan pudar. Boleh rujuk pada mereka yang pakar jika anda tidak tahu. 4) Penting ikut bajet Paling senang jika ke kedai emas, beritahu mereka anda mahu harga sekian-kian seperti anda bincangkan dengan pasangan. Setidak-tidaknya anda hanya melihat cincin mengikut kemampuan dan bajet sahaja. Yang penting kualitinya. 5) Ukuran jari dan cincin Ha, yang ini penting anda perlu ambil tahu agar tidak menyesal di kemudian hari. Jika tidak mengukur dengan betul, cincin tersebut alamatnya hanya berada dalam bekas cincin dan di bilik tidur sahaja. Waktu pengukuran yang paling bagus dan tepat sebaiknya pada siang hari, kerana ketika itu ukuran jari anda adalah normal. Jika anda membeli ketika hari hujana tau sejuk, hangatkan dahulu tangan anda. - CARI Infonet
|
11
Bagus |
26
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
9
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT