Sekumpulan TikToker yang terkenal dengan konten paranormal didakwa telah menceroboh rumah orang awam untuk membuat video dan perkara itu didedahkan oleh ahli keluarga pemilik rumah terbabit. Difahamkan, pengadu yang bernama Feiza Pcoy telah menegur tindakan kumpulan itu namun dia langsung tidak diendahkan malah turut disekat agar tidak dapat meninggalkan komen di hantaran mereka. Konon ada saka, itu rumah mak mentua takde penyewa Kata Feiza, rumah tersebut merupakan milik ibu mentuanya dan ia tidak pernah disewakan kepada sesiapa namun kumpulan tersebut mendakwa kononnya owner kediaman itu menyimpan saka. "Sampai hati TikToker Paranormal ceroboh rumah ini demi content mereka. Rumah inilah mak mentua, kakak ipar, abang ipar aku dibesarkan. Aku kahwin pun di rumah ini. Selebriti Amylea siap nyanyi masa aku kahwin di sini". Ceroboh rumah orang, memfitnah semata-mata untuk tarik views
Tambahnya lagi, rumah itu tidak berpenghuni kerana pemiliknya kini tinggal di Kuala Lumpur namun kediaman berkenaan menjadi tempat semua keluarga atau sanak saudara berkumpul seperti pada Hari Raya. "Rumah ini juga tidak pernah disewakan seperti yang didakwa oleh TikToker Paranormal itu. Satu Malaysia kena scam dengan penipuan TikToker Paranormal ini. Yang followers mereka pun entah macam mana boleh taksub dengan mereka. Bukan main block aku masa siaran langsung. Cuak la tu". Feiza turut menuntut agar kumpulan tersebut membuat penjelasan tentang hal sebenar sebelum perkara itu menjadi lebih teruk. "Semata-mata nak tarik viewers dan mendapat hasil daripada memfitnah ini dengan suka-suka buat live, content sehingga menceroboh rumah orang". TikToker tampil mohon maaf Selepas penipuannya terbongkar, wakil daripada kumpulan tersebut telah berjumpa dengan Feiza dan memohon maaf atas apa yang mereka lakukan. Bagaimanapun, Feiza tetap tegas mahu TikToker itu membuat permohonan maaf secara terbukan di laman sosial tersebut dan mengakui konten mereka tidak benar. Dek kerana video itu tular, Feiza berkata ia membuatkan orang ramai percaya bahawa pemilik rumah terbabit membela saka serta ada kejadian mistik yang mengganggu. "Saya nak awak perjelaskan perkara ini dan katakan bahawa semua tuduhan itu tidak benar. Sebaliknya itu hanya lakonan awak bersama pasukan dan kru awak. Awak kena buat permohonan maaf sebab ini melibatkan maruah keluarga kami. "Tolonglah berhenti menipu masyarakat dengan video video palsu awak tu. Kalau betul tak apa, saya tahu awak cari makan. Tapi berhentilah menipu masyarakat, tak baik dan tak berkat". SUMBER : The Reporter |
She-Ra replied at 29-1-2024 11:34 AM
mlm2 sebelum tdo, iols layan paranormal
ada la beberapa yg iols suka layan dan ada jgk yg tak berap ...
duri_durians replied at 29-1-2024 11:46 AM
siapa yg ok ye? kadang tak tahan la tgk jenis cakap menyembang ujung2 apa info pun tak ada dikongs ...
She-Ra: dtm naufalosman tigerlabu biasanya lebih suka layan dtmnaufalosman baru2 ni dia dh bertukar jd paranimal sb masa buat para, manjang jumpa binatang pu ...
cikatilia replied at 29-1-2024 12:08 PM
ye.. naufal ni lek lek aje.. labu ni kadang2 menunggu dia merepek2 menari aku dah tertido last2 di ...
Clan204 replied at 29-1-2024 12:13 PM
aik hari tu kemain ban ban ban sapa yg kutuk dlm live... wakaka bangelow rm150 konon wakaka.... tgk ...
imransulaiman replied at 29-1-2024 11:18 AM
Tak boleh ke saman je terus? Tak payah suruh buat public apologies
She-Ra replied at 29-1-2024 12:27 PM
kannn suka dgn para nopal, dia pun start awal dan takde bebel bkn2.. dia bg info setiap tempat dia ...
She-Ra replied at 29-1-2024 11:55 AM
dtm naufalosman
tigerlabu
cikatilia replied at 29-1-2024 12:36 PM
kalau bab mencabar tu bagi aku mcm over sikit la sbb kalau betul dah mula diganggu alam sebelah ko ...
duri_durians replied at 29-1-2024 12:47 PM
paranimal
ok nanti nak try tgk. mcm ok bunyinya bukan jenis merapu meraban buat2 cerita.
...
ADVERTISEMENT