Sebelum ini, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor (Mufti Pulau Pinang) telah membuat teguran secara terbuka berkenaan tarikh konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berhampiran dengan tarikh menyambut Ramadan. Tidak menyangka teguran itu menjadi hangat di media sosial, Wan Salim tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tiada niat mahu meraih populariti. Beliau menyatakan niatnya hanya ingin menegur tentang tarikh yang dekat dengan sambutan bulan Ramadan dan boleh melalaikan. Ini kerana umat Islam ketika itu perlu mempersiapkan rohani secukupnya sebelum menyambut bulan penuh mulia itu. "Segala tindakan dan keputusan yang dilakukan kita akan dinilai Allah… "Bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera.
"Terserah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberikan atau menolaknya berdasarkan pertimbangan masing-masing". "Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat". "Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas sahaja tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat". Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang juga memohon maaf kepada Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa sekiranya teguran yang dilakukan menimbulkan rasa kurang senang sehingga mengganggu perjalanan program. Kredit: Malaysia Gazette/Ohmedia |
rospinki replied at 22-1-2024 08:24 AM
tak kiralah mufiti mana apa yg disampaikan zmn skrg ni manusia islam terutamanya secara terang2 meng ...
jari10 replied at 22-1-2024 08:46 AM
Tinggi derejat sangatkah sampai mupti kena mintak maap? Tanya je
abas8888 replied at 22-1-2024 09:01 AM
sebagai kesimpulan daripada ayat2 mufti ni, bagi aku, kalau translate kepada bahasa pasar, bunyinya ...
midori888 replied at 22-1-2024 08:51 AM
agreed..mufti hanya sampaikan jer...up to retis nak terima atau tidak...
jari10 replied at 22-1-2024 08:46 AM
Tinggi derejat sangatkah sampai mupti kena mintak maap? Tanya je
ADVERTISEMENT