Oleh Izzah Abbasy
Ibu hamil selalu mempunyai masalah dalam memilih dan mencari baju yang sesuai untuk dipakai memandangkan perut yang semakin besar dan ketara perut ke depan. Pemakaian baju yang sesuai sangat dititikberatkan oleh para ibu agar boleh bernafas dengan baik dan melancarkan peredaran darah. Bagaimana memilih baju yang sesuai agar tidak membazir dalam pembelian dan boleh dipakai bila-bila sahaja? 5 tip ini sangat berguna untuk para ibu. 1. Baju harus longgar
2. Pilih jenis yang sejuk Pastikan anda tidak kepanasan ketika pakai baju dan kain tidak jarang. Kain jenis cotton adalah pilihan paling sesuai untuk ibu hamil. Tambah pula ibu hamil cepat rasa panas daripada biasa. 3. Pilih ukuran yang tepat Jangan memilih baju mengikut label pada baju. Tetapi si ibu harus mencuba dahulu baju yang ingin dibeli kerana saiz perut ketika hamil berbeza. 4. Utamakan baju yang boleh muat perut Pilih kain baju yang boleh kembang, contohnya yang jenis masuk perut walau pun anda sudah hamil 9 bulan. Tidaklah beli baju awal kehamilan, sampai 5 bulan anda dah tak muat. Itu membazir! 5. Elak pakai baju bermanik Pakai baju tak perlu banyak manik atau kerawang. Pilih baju yang jenis kain ringan agar mudah nak bergerak. Anda dah ada bayi dalam perut, jadi tak perlu sulitkan diri untuk berjalan dengan manik-manik berlebihan di baju. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT