Oleh Izzah Abbasy
Jika kita lihat fenomena warna yang sering dipakai dan digayakan gadis remaja kini adalah warna pastel. Warna pasteladalah warna yang sangat lembut, warna-warna pucat, agak pudar dan kusam. Rona warna ini dicairkan sehingga identiti warna asal hilang.
Trend tema majlis perkahwinan kini rata-rata ramai gemar menjadikan warna pastel sebagai warna tema majlis. Daripada baju pengantin, baju dayang-dayang, baju ahli keluarga dan juga khemah. Semuanya digunakan warna pastel.
Bukan itu sahaja, majlis akikah juga telah menjadi pilihan si mama untuk mengenakan warna pastel sebagai tema majlis tersebut.
Warna pastel ini dihasilkan daripada pelbagai rona warna seperti biru, merah, hijau, ungu, kuning, coklat dan hitam. Kemudian, dijadikan dalam versi warna yang lembut. - CARI Infonet
Kenapa agaknya ramai gadis menjadikan warna pastel ini sebagai warna kegemaran mereka?1) Trend terkini2) Boleh dipadankan dengan pelbagai motif seperti bunga, kotak dan garis3) Beri kesegaran kepada si pemakai4) Melambangkan kelembutan hati5) Menambahkan keayuan si gadis6) Mudah didekati7) Lebih feminim8) Lebih cantik dan berkeyakinan tinggi
CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|