CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

P.Pinang: Lelaki maut ditembak selepas beli tosai

5-7-2013 02:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4843| Komen: 26

GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas terkena empat das tembakan di sebuah medan selera di Jalan Relau di sini malam tadi.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mazlan Kesah berkata pada kejadian pukul 10.30 malam itu mangsa K. Kuganeswaran, 30, sebelum itu dikatakan membeli tosai di gerai makanan di situ.

Beliau kemudiannya dipanggil oleh dua lelaki yang dipercayai dikenalinya.

"Apabila Kuganeswaran masuk semula ke dalam medan selera berkenaan, berlakupertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditembak dari jarak dekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila tembakan itu mengenai dada, badan serta lehernya dan polis turut menemui empat kelongsong peluru berukuran 9mm di lokasi kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang beralamat di Taman Damai Taiping, Perak itu memiliki dua rekod lampau melibatkan kesalahan dadah.

Beliau berkata motif pembunuhan masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta membuat laporan di balai berdekatan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 5-7-2013 02:21 PM
kesian....tak sempat makan tosei
Quote dino 5-7-2013 02:22 PM
tak aman sungguh duk penang nih
Quote ChildrenOfBodom 5-7-2013 02:25 PM
beli tosei pon dah tak selamat
Quote izamahmed 5-7-2013 02:27 PM
cancel tiket pegi penang~
Quote edoraixora 5-7-2013 02:27 PM
tekong dadah kah....
semakin berleluasa pulak lah tembak menembak ni
mesti medan selera tu dpt bad luck nanti
Quote mak_wa95 5-7-2013 02:29 PM
tembak menembak dah macam mainan....
Quote Centurion 5-7-2013 02:37 PM
kalo dia beli capati mgkn dia tak kena tembak...
Quote ell768 5-7-2013 02:39 PM
lepas ni xleh beli tosei dah..beli roti kosong jaaa...huhuhuh takot dah aku nak makan tosei...
Quote ogre 5-7-2013 02:46 PM
senang sungguh dapat pistol di pulau pinang
Quote cataleya 5-7-2013 02:46 PM
"Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang beralamat di Taman Damai Taiping, Perak itu memiliki dua rekod lampau melibatkan kesalahan dadah."


klau kena tembak mmg not unexpected ... cuma skrg ni tembak menembak kat m'sia dah nak jadi mcm kat mexico
Quote munchkin 5-7-2013 02:59 PM
apa nak jadi malaysia ni????
Quote arianakhalid 5-7-2013 04:15 PM
eeeeee...ngeri aku..

sikit lagi jadi macam mexico...polis pun dikerat-keratnya....
pihak2 yang bertanggungjwab tolong la buat sesuatu
jgn tahu nak membuncitkan perut dengan duit rasuah
Quote mrs.senah 5-7-2013 07:24 PM
dino posted on 5-7-2013 02:22 PM
tak aman sungguh duk penang nih


nak aman duk pavilion...
Quote dasatgiler 5-7-2013 07:31 PM
world's gross street food haven katenyer.. but no guarantee you can eat in peace
Quote Innrukia 5-7-2013 07:36 PM
dino posted on 5-7-2013 02:22 PM
tak aman sungguh duk penang nih

haipppp....marah kang duta Penang tu
btw, kat mana2 pun bleh jer kena tembak skrg ni


Quote jetrofa 5-7-2013 07:42 PM

moral of the story

berhati-hatilah ketika membeli TOSAI
Quote redwark 5-7-2013 10:39 PM
kalau nk selamat...beli tosei kt pavilion sahaja..
Quote airfilterbersih 5-7-2013 10:43 PM
Penang kotor dgn sampah & penjenayah.,
Quote thessailly 5-7-2013 10:49 PM
sape suruh dia beli tosai..beli laa nan..kan kena beli ayam tandoori sekali..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.058901 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top