Ara Johari mempunyai masalah tekak selepas diserang virus Covid-19 dan Influenza. MENDERITA masalah sakit tekak sejak dua tahun lalu, penyanyi Ara Johari dinasihatkan agar tidak terkena air hujan bagi memastikan vokalnya berada dalam keadaan baik. Ara atau Nurfarrah Izatie Johari, 27, berkata, air hujan bukan sahaja menyebabkan dia mengalami demam dan selesema tetapi vokalnya akan terganggu sehingga sukar menyanyi. "Suara saya belum pulih sepenuhnya dan mudah 'hilang' contohnya ketika membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik dan konsert di Kuatan baru-baru ini. "Kalau kena hujan saya akan cepat-cepat mandi dan berehat sebab kalau dibiarkan, saya akan dapat selesema dan beri kesan pada tekak. "Keadaan itu akan membuatkan saya tak boleh menyanyi sehingga berminggu-minggu lamanya," katanya kepada mStar. Ara berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Pesta Muzik Kuantan pada Jumaat lalu. Dalam pada itu, Ara berkata, masalah tersebut berpunca daripada virus Covid-19 yang menyerangnya sebanyak empat kali sebelum ini. Tidak hanya itu, Ara juga pernah dijangkiti Influenza yang memburukkan keadaan. “Motivasi agak terganggu sebab dari kecil saya budak kampung yang suka bermain hujan. Tapi bila senang sakit sekarang ini, saya kena berjaga-jaga. Kalau kena hujan saya akan cepat-cepat mandi dan berehat. ARA JOHARI PENYANYI “Tidak boleh lagi nyanyi di tempat terbuka sekiranya hujan. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah lagi batalkan apa-apa persembahan walaupun sakit," jelasnya. Selain mengelak terkena hujan, doktor turut menasihati Ara menjaga pemakanan dengan mengelak makanan pedas dan minuman berais. Bercerita mengenai Pesta Muzik Kuantan, Ara meluahkan rasa teruja dan berbesar hati kerana dijemput sebagai salah seorang artis jemputan. Meskipun hanya diberi peluang menyanyikan tiga buah lagu, dia akan tetap menghiburkan pengunjung dengan persembahan terbaik. "Kalau rasa tidak puas, saya akan belanja lagu tapi kalau cukup masa. Ini bukan soal pemurah, tapi sebab saya pentingkan kepuasan," katanya. Selain Ara, antara artis tanah air yang bakal memeriahkan konsert tersebut adalah Ungu, Nabila Razali, Naim Daniel, Khai Bahar. Konsert itu bakal berlangsung pada 24 Februari depan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Sumber : mStar |
edayildiz replied at 8-1-2024 09:54 AM
suara i pun masih serak..nape ek..
i kena covid pestaim hujung bln 12 aritu..sampao skrg i punya sua ...
jihyomelly replied at 8-1-2024 10:10 AM
la sama la kita..suara terus serak no more suara asal..iols kena 2nd time…batuk pulak sampai awal ...
edayildiz replied at 8-1-2024 10:49 AM
u kena bln 12 jgk ke?
kann rindu suara asal dh ni..xbatuk sgt pun..biasa je normal la batuk seseka ...
jihyomelly replied at 8-1-2024 06:50 PM
ha ah tgh bln 12 kena..pakej pro long covid batuk2 sampai skarang..batuk yg tak lepas..
edayildiz replied at 8-1-2024 07:30 PM
i strt qr 26.dec-31.dec..
adakah i long covid...alamak tkt lak..
i xbatuk sgt..lebih od suara je s ...
ADVERTISEMENT