CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kawasan Hijau Di Mekah Meningkat 600% Dalam Masa Lima Bulan

7-1-2024 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12964| Komen: 34



Jumlah kawasan hijau di Jeddah, Mekah meningkat hingga 600% dalam lima bulan terakhir 2023.

Menurut Pusat Pembangunan Tumbuhan dan Memerangi Desertifikasi Kebangsaan Arab Saudi, peningkatan tumbuhan hijau ini disebabkan oleh peningkatan hujan selama tempoh itu, dengan beberapa kawasan menerima hujan sehingga 200mm.


Analisis data mendedahkan bahawa jumlah keluasan litupan tumbuh-tumbuhan di Mekah pada bulan Ogos adalah 3,529.4 kilometer persegi.


Jumlah berkenaan mewakili kira-kira 2.3 peratus keluasan wilayah tersebut.

Kawasan hijau terus meningkat pada bulan-bulan seterusnya hingga mencapai kawasan seluas 26,259 kilometer persegi menjelang akhir tahun lalu. Peningkatan itu berlaku seiring pertambahan jumlah hujan.

Menjelang Disember 2023, kira-kira 17.1 peratus keseluruhan kawasan Mekah dilitupi tumbuhan hijau.

Kawasan-kawasan hijau itu boleh ditemui di kawasan pergunungan dan tanah tinggi.

Ia termasuk pergunungan Taif, Al Laith, Al Jumum, Al Kamil dan Khulais yang berada di sekitar kawasan wilayah pentadbiran Mekah.

Susulan perkembangan itu, pusat berkenaan sedang menjalankan kajian tentang status kawasan ditumbuhi tumbuhan dan melakukan pemantauan di kawasan berkenaan.

Kajian itu termasuk menjejaki perubahan tutupan tanah, mengira jumlah hujan dan menilai tahap kesihatan tumbuhan menggunakan teknologi kecerdasan buatan.

Menurut Saudi Gazzete lagi, kajian ini akan menyumbang kepada sasaran untuk mencapai projek penanaman pokok dan inisiatif Saudi Green.

Selain itu, pusat berkenaan juga sedang berusaha untuk melindungi tapak-tapak tumbuhan hijau di negara itu selepas segala segala kajian yang dibuat selesai.

Usaha tersebut termasuk membangunkan keupayaan persediaan berdepan dengan kemarau dan mengurangkan impak fenomena tersebut.



Sumber : SaudiGazzete/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 7-1-2024 09:40 AM
mari kita bincangkan scr saintifik instead keagamaan  which akan mnimbulkan ketakutan kpd melayu2 ummah suciey..
Quote pengecatbintang 7-1-2024 09:41 AM
so, climate change is real??????
Quote kelapaparut 7-1-2024 09:43 AM
br ni saudi ade mintak bantuan China utk mhijaukan dessert scr science, buat pembenihan awan utk program perladangan saudi vision 2030 dan NEOM. Self sufficient incentive by the King Salman, salah satu program ni lah utk mhijaukan tanah arab to become arable land, desalination air laut masin utk perladangan , solar power, and any other green technology.
Quote green~tea 7-1-2024 09:46 AM
Saudi mmg tengah menggiatkan aktiviti agriculture, farming & livestock.. siap ada investment arm government diorang nama SALIC..
Quote noor2 7-1-2024 10:30 AM
kelapaparut replied at 7-1-2024 09:40 AM
mari kita bincangkan scr saintifik instead keagamaan  which akan mnimbulkan ketakutan kpd melayu2 um ...

Perubahan cuaca...bagusla makin menghijau..
Quote B40tastePosh 7-1-2024 10:45 AM
kelapaparut replied at 7-1-2024 09:40 AM
mari kita bincangkan scr saintifik instead keagamaan  which akan mnimbulkan ketakutan kpd melayu2 um ...

Faktor El Nino. Tahun 2023 El Nino sangat teruk dan kita sebenarnya masih dalam fasa El Nino....negara kita mengalami panas terik matahari yang teruk sementara negara Arab Saudi akan menerima hujan lebat dan cuaca mendung.
Quote B40tastePosh 7-1-2024 10:46 AM
pengecatbintang replied at 7-1-2024 09:41 AM
so, climate change is real??????

El Nino 2023-2024 paling teruk direkodkan dalam sejarah.
Quote Decaffeinated 7-1-2024 11:25 AM
akhir zaman, kiamat makin dekat. mati itu pasti.

done tazkirah
Quote Perawankota 7-1-2024 11:38 AM
Aku baca kt fb, dorg kata musim skarang memang rumput tgh menghijau tapi nanti musim panas dtg, memang Kawasan tu akan kering tandus balik
Quote Tinot7 7-1-2024 12:21 PM
Deme nak satu negara ijo ka apa?
Quote bakingsoda 7-1-2024 12:40 PM
meanwhile serambi mekah
Quote sharlenetexas 7-1-2024 12:53 PM
Cantiknya.


Quote hyie 7-1-2024 03:22 PM
mak ko ijo
Quote sharlenetexas 7-1-2024 03:24 PM
B40tastePosh replied at 7-1-2024 10:46 AM
El Nino 2023-2024 paling teruk direkodkan dalam sejarah.

Ingatkan el nino 2023 takde banjir.


Quote Samerosie 7-1-2024 04:04 PM
kelapaparut replied at 7-1-2024 09:43 AM
br ni saudi ade mintak bantuan China utk mhijaukan dessert scr science, buat pembenihan awan utk pro ...

Company yg iols kerja sekarang ni terlibat dgn Oxagon NEOM ni.  Pada mulayu2 pro nak kiamat cepat, ini bukan baru, initative saudi dah lama, buka kawasan2 baru for industrial and manufacturing.  Berlumba2 dgn Dubai, Qatar semua.
Quote honeybee1802 7-1-2024 04:06 PM
green~tea replied at 7-1-2024 09:46 AM
Saudi mmg tengah menggiatkan aktiviti agriculture, farming & livestock.. siap ada investment arm gov ...

Saudi pun agaknya dah nak kurangkan import makanan....
Quote B40tastePosh 7-1-2024 04:24 PM
sharlenetexas replied at 7-1-2024 03:24 PM
Ingatkan el nino 2023 takde banjir.

El Nino Malaysia tak banjir tapi Afrika dan Arab hujan lebat sampai banjir.
Quote esbok 8-1-2024 10:02 AM
Tanda2 kiamat tu sebagai peringatan. Memang satu masa bumi arab tu menghijau, tinggal manusia yang celik hati lah ingat atau tidak pesanan rasulullah. Kejadian dia nak menghijau tu mestilah ada asbab dia, takkan la tetiba pop keluar pokok-pokok. Korang juga hilang akal nanti tak boleh hadam. Dah bagi petanda pun buat main.
Quote kucingitam 8-1-2024 10:35 AM
esbok replied at 8-1-2024 10:02 AM
Tanda2 kiamat tu sebagai peringatan. Memang satu masa bumi arab tu menghijau, tinggal manusia yang c ...

ah tu lah..walaupun kata saudi dah mula buat gitu gini sebelum ni, itu lah maksudnya tanda2 kiamat 'bila padang pasir kembali menghijau'.. seram juga baca komen2 forumer..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061114 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top