Nasi Kandar, hidangan utama di Malaysia, terdiri dari nasi kukus dengan pelbagai lauk gulai yang dimakan pada waktu makan tengah hari dan malam. Awalnya muncul di Pulau Pinang dan dipopularkan oleh peniaga India-Muslim. "Kandar" berasal dari kaedah asal menjual juadah ini, diusung dengan kayu di atas bahu. Walaupun tidak lagi dijual begitu, hidangan ini kekal popular di Malaysia, terutama di kedai-kedai India Muslim. Manakala joki kuah yang berpengalaman pula mampu mencampurkan pelbagai kuah dengan tepat dan menghasilkan nasi kandar kuah banjir yang sangat 'surr'. 'Soul food' ini boleh didapati di setiap penjuru negara kita melalui kedai-kedai India Muslim di seluruh Malaysia. Dalam pada itu, bagi penggemar nasi kandar, apabila seseorang itu mengambil lauk berasaskan makanan lautan, biasanya individu berkenaan digelar sebagai 'pemberani'.
Hal ini kerana, harga makanan laut, khususnya di Semenanjung Malaysia sememang terkenal agak tinggi dan diketahui ramai. Jadi, memang ramai yang mengelak lauk tersebut dan cukup dengan sekadar memilih ayam goreng atau lauk lain. Namun, ini tidak menghalang seorang pelanggan yang berani mengambil beberapa lauk sotong dan udang agar dapat merasai tahap 'surr' yang premium. Demi mendapatkan rasa 'surr' yang luar biasa, pelanggan dari Johor sanggup labur RM69 untuk sepinggan nasi kandar Berdasarkan hantaran Facebook Nasi Kandar Sulaiman pada akhir bulan lepas, seorang pelanggan sempat memecahkan rekod di saat akhir tahun 2023. “RM69. Pecah rekod. Paling tinggi. Tak sangka last minit sebelum habis tahun akan ada orang lain mai buat rekod baru,” kata restoran berkenaan. Loading FB Post... Berdasarkan hantaran tersebut, dapat disimpulkan pesanan pelanggan tersebut merupakan hidangan nasi kandar termahal yang pernah dipesan di restoran berkenaan. - CARI Sumber : SiakapKeli |
shida81 replied at 4-1-2024 04:31 PM
Ak plg fobia nk amik sotong kt restaurant nasi kandar.. Ak pernah terbeli dulu pastu keras and x sed ...
naina replied at 4-1-2024 05:01 PM
Sedap sgtke nasi kandar? Aku xpernah makan. Sebab dia kena beli kat kedai mamak kan baru kick. Aku x ...
ADVERTISEMENT