Azar Azmi kembali menjadi bualan hangat netizen apabila aktres itu didakwa menghilangkan diri secara tiba-tiba daripada radar industri hiburan. Malah, ada yang mendakwa Azar kini sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya dan memiliki cahaya mata. Terbaru, pelakon Zarina Zainuddin memberitahu dia tidak melupakan pertolongan diberi Azar Azmi, kepadanya ketika berhadapan situasi tayar kereta pecah selepas selesai penggambaran drama ‘Derita Untuk Bahagia’ pada tahun 2021. Memetik laporan Harian Metro, Zarina berkata, Azar merupakan orang pertama menghubunginya untuk memberi pertolongan selepas dia memuat naik foto insiden tayar kereta pecah di Instagram. Azar ini sangat disenangi oleh semua orang di set ‘shooting’ kerana dia amat mengambil berat terhadap apa-apa yang berlaku di lokasi penggambaran. Pernah ada satu hari, kereta saya tayar pecah dan terus buat hantaran dalam Instagram, Azar hubungi saya dan dia yang datang bukakan sendiri tayar itu serta tolong pasang tayar baru.
Saya sendiri pun tak boleh buat semua itu pada orang lain sebagaimana Azar datang menolong saya dengan ikhlas. Berbicara mengenai kehilangan Azar, Zarina memberitahu dia sudah cuba menghubungi Azar dan mengirim mesej di WhatsApp kepada wanita itu, namun sehingga kini masih tiada jawapan yang diterima. Saya rasa kita tidak tahu cerita sebenar dan keadaan dia. Apa lagi, Azar pun sudah tiada ibu bapa di dunia ini dan anak yatim piatu. Jadi, pada kawan-kawan jadi tempat dia mengadu. Kasihanilah dia dan jangan terus menghukum tanpa kita tahu cerita sebenar. Saya fikir mungkin dia (Azar) sekarang nak ‘privacy’ sendiri. Jadi, kita doakan yang baik-baik untuk dia. Sumber : Harian Metro
|
black_handbag replied at 4-1-2024 03:45 PM
anak yatim piatu rupanya. tapi iols salute la pompuan jenis boleh tukar tayar keta sendiri
ADVERTISEMENT