Ainul Mardhiah, satu nama yang menggemparkan Malaysia pada suatu masa dahulu. Bayi yang pernah berdepan dengan tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya, kini hidup seperti kanak-kanak biasa. Dalam hantaran terkini dari bapanya di Facebook, Ahmad Saifuddin berkongsi gambar puterinya, yang juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia pada 30 Disember lepas. Khabarnya, Ainul kini sudah membesar seperti kanak-kanak lain. Ainul juga menunjukkan kemampuan untuk berdiri selama lima minit tanpa bergerak ketika menikmati titisan hujan di luar rumahnya. "Ainul boleh berdiri lima minit tanpa bergerak bila melihat hujan di luar. Dia hanya menatap hujan," kata Saifuddin dalam kapsyen Facebooknya. Loading FB Post...
Menurut ayahnya, kanak-kanak istimewa ini sangat 'rapat' dengan alam, melihatnya sebagai satu bentuk terapi. "Ainul agak hyper, tapi bila dia dekat dengan alam, boleh nampak dia punya tenang tu." tambah Saifuddin lagi. Kembali kepada kisah sebelum ini, Ainul Mardhiah yang pernah mengalami kanser 'Germ Cell Tumor' tiba di London pada 25 Mei dan menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street untuk membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun. Pembedahan tersebut dilakukan oleh sekumpulan pakar pelbagai bidang, termasuklah doktor bedah Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri. Beliau telah memainkan peranan penting dalam membawa Ainul Mardhiah dan keluarganya ke London bagi rawatan lanjut. Kisah Ainul Mardhiah menarik perhatian rakyat Malaysia, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawatnya semasa beliau berada di United Kingdom bagi lawatan rasmi selama tiga hari. Kisah penderitaan Ainul Mardhiah menjadi perhatian umum ketika rakaman video bayi yang mengalami ketumbuhan pada bahagian mulutnya tersebar melalui laman sosial.- CARI |
shernazz replied at 31-7-2024 08:08 AM
Amende thread lama naik balik ni
Adoi
Solokkk replied at 31-7-2024 08:11 AM
Laaaaaa…..thread lama rupanya. Tak perasan pun gigih aku komen.
ADVERTISEMENT