Mary Magdalene, seorang influencer berusia 30 tahun dari Kanada, dikenali kerana ketagihan pembedahan plastiknya. Pada tahun 2023, dia menjadi terkenal selepas salah satu implan payudaranya yang bersaiz 38J meletup, memberinya gelaran "Ratu Uniboob" di internet. Sejak muda, Mary sudah menghabiskan lebih RM350,000 untuk pelbagai pembedahan plastik, termasuk pembesaran payudara dan Brazilian butt lift (BBL). Walaupun pembedahan BBL ini berisiko tinggi dan dilarang di beberapa negara, Mary masih berani menjalaninya. Mary juga pernah berkongsi tentang kesakitan dan penderitaan selepas pembedahan, tetapi tetap meneruskan niatnya untuk 'pembedahan ekstrem'. Dia mengibaratkannya seperti sukan ekstrem, mencari pengalaman yang lebih mencabar.
Mary pernah mengalami insiden serius apabila implan payudaranya yang diisi dengan air garam meletup, meninggalkannya dengan satu payudara untuk beberapa waktu. Walaupun menghadapi krisis identiti, dia masih berhasrat untuk meneruskan pembedahan payudara yang lebih besar. Kini, Mary telah memperbaiki payudaranya dan memiliki dua payudara normal. Namun, pendapatnya tentang pembedahan plastik masih berubah-ubah. Netizen mengkritik doktor dan tukang tato yang terlibat dalam pembedahan ekstremnya, menasihatkan Mary untuk menghargai kehidupannya yang masih ada. - CARI |
hyie replied at 3-1-2024 03:26 PM
ketet sheols ke ketet si lola lagi besar iya sis? mohon buat perbandingan segera
insulin replied at 3-1-2024 10:46 PM
Tak lawa la weiiii
dani-rox replied at 3-1-2024 10:40 PM
yg peliknya doktor pun okay jah operate sampai dah jd rupa alien sebegini.
Mary_jane replied at 3-1-2024 09:23 PM
Baik sis Mary cepat2 jumpa pakar psikiatri. Nazak dah ni dengan size nya nauzubillah.
dani-rox replied at 3-1-2024 10:40 PM
yg peliknya doktor pun okay jah operate sampai dah jd rupa alien sebegini.
gideoncross replied at 5-1-2024 02:21 PM
Aiol yg 38C pun dh lenguh, ni kan lgi 38J
insulin replied at 6-1-2024 09:48 PM
Lenguh dekat mana? Bahu atau pinggang?
Sazreena replied at 6-1-2024 10:10 PM
Besar ceni dah tak stim apa pun..scary ada laa..
ADVERTISEMENT