CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Ahnaf Terpaksa Berlakon Babak Panas, Tak Nak Dicop Besar Kepala Ingkar Arahan

3-1-2024 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15789| Komen: 69

Amir Ahnaf tampil memohon maaf susulan kekhilafannya melakukan babak panas dalam drama Syurga Itu Tidak Mudah yang meraih kecaman netizen.

Pemilik nama sebenar Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 23, itu berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati, sekali gus enggan lagi melakukan aksi yang menyentuh sensitiviti umum.


Foto: IG

“Saya minta maaf kerana menyentuh sensitiviti penonton. Apa yang saya boleh katakan untuk naskhah seterusnya saya akan pilih yang terbaik dan lebih elok, Insya-Allah.

“Apabila isu terbabit tular, saya terima dengan seadanya sahaja, bahkan sejujurnya pada peringkat awal saya akui berat hati untuk lakonkan babak itu,” katanya selepas tayangan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia hanya menyedari kewujudan babak yang disifatkan sesetengah pihak berunsur lucah serta jalan cerita drama berkenaan seminggu selepas menandatangi kontrak.


“Waktu saya terima tawaran tidak tahu lagu skrip bagaimana. Saya cuma terima skrip seminggu selepas menandatangani perjanjian dengan produksi.

“Selepas itu ada perubahan skrip termasuk ketika penggambaran berlangsung, bahkan draf jalan cerita juga berubah mengikut kesesuaian.

“Saya tahu tajuk, kesimpulan drama dan barisan pelakon, selain perlu melaksanakan adegan seperti di dalam skrip kerana semua sudah tertulis dalam kontrak.

“Sebagai orang baharu saya kena akur, enggan nanti dicop besar kepala,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai respon keluarga, Amir menjawab ibu bapanya memberi keizininan dan menganggap itu sebahagian daripada kerjayanya.

“Saya dah tanya keluarga, mereka okey disebabkan memahami tuntutan kerja serta mengetahui itu semua cuma ‘cheat shot’ (teknik kamera).

Terdahulu, Amir yang memegang watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita lain yang dipaparkan berada di bawah meja.

Aktor terbabit kemudian mereka dilihat bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang seolah-olah kepuasan. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 3-1-2024 09:50 AM
yela wei apa2 jela
Quote AnnaSendin 3-1-2024 10:02 AM
Sebenarnya kesedapan khuens?
Quote Carcosa 3-1-2024 12:22 PM
Bak kata Tokwi - Benda boleh tolak, tapi dia pilih sedap
Quote Carcosa 3-1-2024 12:24 PM
Nak tambah sikit.

Dia ckp dia tanya family dia, means mak bapak dia lah kan? Diorang ckp ok.
Dia tanya cemana wei? "Mama, Papa, org berlakon drama yg ni kan, ada satu babak tu, pelakon extra perempuan ni dia pretend loi loi katong orang dari bawah meja. Lepas tu org kena stand up and buat muka satisfied ah gitu. Ok or not?"

WTAF?????
Quote LembingDayanti 3-1-2024 12:42 PM
takpe la ahnaf... apa pun alasan kau, kau tetap nampak macam rohignyaaaaa not my taste
Quote heythere123 3-1-2024 12:42 PM
basi dah dek kapla oiiii. Memang drama tu flop teroks kan
Quote heythere123 3-1-2024 12:43 PM
padan la muka, beria lagi amik job entah pape. Drama kelaut, public reaction pon hancur
Quote I.K.A888990 3-1-2024 12:57 PM
kau suka kan sebenarnya gitu
tgk dia jadi hero pun mmg tak boleh nak feel tgk muka dia....mcm tak kena
Quote Binderclips 3-1-2024 01:10 PM
Amir nk sgt berlakon dgn anna. Amir igt berlakon drama ni blh meletop mcm MUF smpi ke indo.  
Quote slipar_jepon 3-1-2024 01:17 PM
Iyola tu.. pape pun x sesuai la karakter tu dgn muka hang..Boringgg.. xde aura
Quote imanda 3-1-2024 01:22 PM
mcm tu plak eh.. sign2 kontrak dlu tanpa tau jln cite mcmn.. xkan xde sembang2 kopi dlu cite psl apa, watak dia mcmn, konflik/isu apa..
mcm kita p interview keje mesti la tau skop keje apa, xkan men sign je.

atau sign jela dlu xkisah skrip mcmn janji ada job muka klua tv tak jobless. begitukah?
Quote Straya 3-1-2024 01:26 PM
Apasal style rambut macam tu.Ingat habis handsome la tu
Quote rayna_raynes 3-1-2024 02:49 PM
Carcosa replied at 3-1-2024 12:22 PM
Bak kata Tokwi - Benda boleh tolak, tapi dia pilih sedap

Takde kejadian hisap menghisap pun yg berlaku.

Quote Carcosa 3-1-2024 02:51 PM
Straya replied at 3-1-2024 01:26 PM
Apasal style rambut macam tu.Ingat habis handsome la tu

Berangan nak jadi Oppah Oppah Korek-ah!
Geli betul aku tgk. Dua2 geli. Yg buat kat sini, buat kat sana pun sama
Quote anony-mous 3-1-2024 03:42 PM
Binderclips replied at 3-1-2024 01:10 PM
Amir nk sgt berlakon dgn anna. Amir igt berlakon drama ni blh meletop mcm MUF smpi ke indo.

Hahahah angan2 je la kalau rupa below par mcm ni. Merqeen tu herlok. Netizen indon dah la memilih rupa. Nadhir tu ok la sikitttt , tp dia ni mmg totally xde rupa. Xsesuai hero drama cintan cintun
Quote neve4881 3-1-2024 03:56 PM
lahh drama ni flop ke?? lol
Quote sharlenetexas 3-1-2024 03:59 PM
Ame henderson siap langgar kontrak sbb skrip tak selari dgn prinsip hidupnya.


Quote Binderclips 3-1-2024 04:21 PM
anony-mous replied at 3-1-2024 03:42 PM
Hahahah angan2 je la kalau rupa below par mcm ni. Merqeen tu herlok. Netizen indon dah la memilih  ...

Ade vtt yg tunjuk act of service amir gred A. Ade komen yg ckp muka amir biasa tp dia layan anna dgn baik sekali. Tak mcm meerqeen, muka je handsome tp lukakan hati anna dgn curang.
Quote ezacbee 3-1-2024 04:45 PM
Pangkah hero camni. Kusam.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.161129 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top