Selepas melalui pelbagai episod suka duka, penyanyi dan pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL memulakan lembaran tahun baharu dengan menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.
Bukan hanya berdua, anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair dan ibu BCL, Emmy Muchlis turut bersama-sama berangkat ke Tanah Suci semalam. BCL, 40, dalam sebuah hantaran Instagram turut melahirkan bersyukur dapat menunaikan umrah pada malam terakhir 2023 dan hari pertama tahun 2024. “Alhamdulillah, umrah pada malam terakhir di tahun 2023. “Terima kasih tahun 2023, sangat menakjubkan. Selamat tahun baharu,” katanya. Dia yang popular nenerusi filem Habibie dan Ainun itu turut memuat naik foto kenangan di hadapan kaabah bersama keluarganya. Mengimbau semula, suami pertama BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pernah menyuarakan hasrat sekitar bulan Ramadan tahun 2019 untuk membawa isteri dan anaknya menunaikan ibadah umrah.
Perkara tersebut dikongsi oleh rakan Allahyarham dikenali sebagai Ustaz Samsul Maarif.
|
mawardia: Buk... eyelash extension di re ...
missyL: Kt fb rmai komen pasal Eyelash ...
Buritan replied at 2-1-2024 10:14 AM
Soklan serius . Kalo dah buat tattoo kening eyelash extension susuk bedak..botox hidung mancung ti ...
alesandra replied at 1-1-2024 11:18 PM
sah ke wuduk kalo ada eyelash extension ni?
Chah21 replied at 2-1-2024 12:32 PM
Soalan ni byk ditanya warga fb tp direply jgn dengki org ke mekah..ada je nk cari salah,doa yg bai ...
CoffeeOverdose replied at 2-1-2024 12:37 PM
Iol cuma blh jwb ini ke uol.. Extensions tu di letak kat bulu mata tau. bila cabut extensions tu, ...
Buritan replied at 2-1-2024 01:53 PM
Bestnyaa u dpt hidayah.. bkn mudah org dpt hidayah tau.. aku suke dengo cite org yg dpt hidayah tp ...
CoffeeOverdose replied at 2-1-2024 12:37 PM
Iol cuma blh jwb ini ke uol.. Extensions tu di letak kat bulu mata tau. bila cabut extensions tu, ...
CoffeeOverdose replied at 2-1-2024 02:00 PM
Alhamdulillah.. doakan iol semoga terus Istiqomah you.
Buritan replied at 2-1-2024 02:22 PM
Aminnn.. doakan aku juge hehehe.. aku yg islam dr perut mak aku pun selalu jgk kecundang..
Buritan replied at 2-1-2024 01:51 PM
Kita bkn dongki tp kita nak tau hukum.. tu ajee.. fb mmg jgn ditanye hahahaha
ADVERTISEMENT