Komposer dan penghibur legenda, Datuk M Nasir, 66, menerima dengan hati yang terbuka apabila lagu ciptaannya, Menyantun Kasih nyanyian Siti Nordiana gagal mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
M Nasir berkata, pihaknya juga akur dengan keputusan juri membabitkan pemilihan lagu yang mara ke acara berprestij itu. "Kita kena terimalah apa yang juri rasa dan fikir masa proses penjurian itu. Ada lagu lain yang dicalonkan kali ini mungkin lebih bagus dari lagu (Menyantun Kasih) itu," katanya. Mengenai pemilihan 12 lagu yang mara pula, kata M Nasir, pada pandangannya semua lagu yang berjaya mara ke AJL38 juga okay. "Ia bergantung pada 'mood' dan 'rasa' keadaan sekarang," katanya. Sementara itu, ditanya lagu untuk Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) pula, kata M Nasir, selaku Duta Kemanusiaan atau 'Goodwill Ambassador', dia juga ada perancangan untuk menghasilkan lagu khusus untuk persatuan itu.
"Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendekatkan lagi Mercy Malaysia dengan masyarakat," katanya. Kali terakhir M Nasir tampil mempertandingkan karyanya di AJL adalah menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz Suip yang turut diangkat sebagai Juara Lagu ke-26 pada 2011. Sumber: Harian Metro |
wirazam replied at 31-12-2023 10:26 PM
Lagu tu bukannya datuk m Nasir nih cipta khas utk nana kan..so what to expect..asalkan dibyr sudah.. ...
jas7512 replied at 29-1-2024 11:12 AM
Lagu2 m nasir lately byk x sedap dr sedap..barangkali kwn2 seperjuangan byk yg dah xde mungkin ada i ...
sleepandream replied at 29-1-2024 08:09 PM
arwah lolok kot his other half...
kalau dengar balik lagu2 sedap m. nasir ni kalau hilangkan vokal ...
wirazam replied at 31-12-2023 10:26 PM
Lagu tu bukannya datuk m Nasir nih cipta khas utk nana kan..so what to expect..asalkan dibyr sudah.. ...
ADVERTISEMENT