Baru-baru in, tular kembali sebuah video di sebalik tabir ketika pengambaran drama yang pernah menjadi kontroversi pada tahun ini. Ia memaparkan pelakon Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah ketika melakukan babak ‘sweet’ dalam drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen ramai yang menegur Aliff kerana dilihat seperti tidak menjaga batasnya sebagai suami orang. Malah, ada yang menyindir Aliff kerana ‘hand placement’ terhadap Sophia seperti berlebihan kerana dilihat memegang aktres itu tanpa lepas. Ada yang turut berkata tidak hairanlah jika Sophia ‘tersuka’ padanya dan sesetengah warganet menzahirkan rasa simpati terhadap Bella Astillah.
Dalam pada itu, segelintir berkata Sophia tidak patut dipersalahkan oleh Bella di dalam hal tetapi dia perlu menegur suaminya sendiri. "Tak lepas Aliff pegang tangan Sophia. Dia nampak lagi feeling kat sini. Last last Sophia yang disalahkan," kata seorang netizen. Sumber: Beautifulnara
|
anony-mous replied at 31-12-2023 06:36 PM
Benda dah lepas, jahat gila sapa yg upload smula video ni. Peah pon dah aman2 xde kacau sesapa dah, ...
Belibis replied at 31-12-2023 08:28 PM
Tu namanya jantan sejati..lain kali bagi ponen jadi hero..barulah selamat anak dara yang jadi heroin ...
ashilalat replied at 31-12-2023 09:38 PM
Haelina dah penah, khairina dah penah, nazimah dah penah
Belibis replied at 31-12-2023 09:42 PM
Azwana alia caner??
stingergrumpy replied at 31-12-2023 06:42 PM
Dari raut bakobah bagai mengisyaratkheun kiss me kiss me grasp me....pleaseee
Auuuuwwwwwwwmmm
ADVERTISEMENT