PETALING JAYA – Sedar atau tidak sedar sebenarnya masih wujud nenek yang pilih kasih dan beri layanan berbeza kepada cucu mengikut taraf pekerjaan ibu bapa mereka. Perkara itu dikongsikan oleh @eldetoys melalui sekeping gambar di laman TikTok, dan ia disokong penuh oleh rata-rata pengguna yang menonton video tersebut.
Menerusi gambar tersebut, ia memaparkan layanan sesetengah nenek akan tertumpu dan lebih lembut jika cucu tersebut merupakan anak kepada orang berada dan mempunyai pekerjaan bagus. Berbeza pula dengan cucu yang datangnya daripada keluarga yang susah, layanan mereka akan menjadi kasar dan mengasingkan cucu tersebut daripada cucu kesayangannya. Ia juga disuarakan oleh kebanyakan pengguna yang meninggalkan komen pengalaman mereka dilayan buruk oleh nenek mereka. “Anak-anak aku makan pakai pinggan polisterin tapi cucu kesayangan pakai pinggan kaca. Paling sedih bila anak aku tanya ‘Ibu, kenapa kami pakai pinggan polisterin?’,” luah @Jazzjasry.
“Aku sendiri pernah mengalami benda ni. Masa semua orang berkumpul, aku disuruh balik. Nenek cakap ‘kau makan kat rumah kau. Lauk ni untuk cucu aku yang lain’. Aku tak akan lupa semua yang dia cakap,” kata seorang pengguna. “Betul wei. Depan-depan aku kena. Cucu-cucu yang sekolah hebat dicakap cerdik, yang biasa-biasa di dicakapnya lembab. Aku yang dengar ni terkedu sekejap. Dalam hati, sampai hati cakap anak lembab. Padahal masing-masing baru tadika je pun,” kata Eila Saidin. Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 29-12-2023 05:41 PM
Nenek takpe lagik (btw datuk takde ke kes camni? Asyik nama nenek je naik).
Mak pak yang bedakan an ...
Skuau replied at 29-12-2023 09:48 AM
ada video kt yt..atuk,nenek mai..si cucu terus berlari ke arah atuknya...
dua_chzy replied at 29-12-2023 05:41 PM
Nenek takpe lagik (btw datuk takde ke kes camni? Asyik nama nenek je naik).
Mak pak yang bedakan an ...
nikaido replied at 29-12-2023 10:01 AM
Ada Datuk aku. Bila kami balik kampung, datuk xlayan mana aku adik beradik. Duit raya pun xbagi. B ...
dua_chzy replied at 29-12-2023 06:03 PM
Hapa puncanya? Mak/Pak uols ada buat hal dengan deols ka?
supernaturalee replied at 29-12-2023 05:50 PM
lg 1 personaliti
yg jenis riuh dgn pendiam
ADVERTISEMENT