Pelakon, Pekin Ibrahim berkongsi keterujaan isterinya, Mona Allen kini memasuki trimester kedua kehamilan dan dijangka bersalin pada awal tahun depan. Pekin, 42, ketika dihubungi berkata, dia berharap semua urusan dipermudahkan dan kehadiran anak kedua itu nanti akan melengkapkan keluarga kecilnya.
"Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan gembira dan teruja ini. Saya dan Mona mencapai kata sepakat untuk mengumumkan berita ini selepas kandungan sudah kuat. "Saya sendiri tidak menyangka rezeki yang diberikan Allah SWT kerana mengambil masa empat tahun untuk mendapatkan Petra. Namun, perkara yang tidak sangka itu menjadikan berita ini lebih manis dan bermakna. "Jadi, sebaik saja memasuki trimester kedua, barulah kami membuat pengumuman ini di media sosial. Semoga segala urusan Mona untuk melahirkan cahaya mata kedua itu nanti dipermudahkan," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Mona membuat pengumuman mengenai kehamilannya di media sosial dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti itu. Pekin mendirikan rumah tangga dengan Mona pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun, mereka dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu. Sumber: Harian Metro |
kakakgarang replied at 27-12-2023 09:45 AM
sure ke anak ke-2? ke anak yang ke-3? tanya je
kakakgarang: sure ke anak ke-2? ke anak yang ke-3? tanya je
ADVERTISEMENT