CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

TikToker Terkenal Dengan Tagline 'Mama' Berdepan Dakwaan Rogol

25-12-2023 07:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 33502| Komen: 14

TikToker yang terkenal dengan 'tagline' Mama iaitu Seo Won Jeong berdepan dengan tuduhan serangan seksual seperti yang dilaporkan oleh SBS.

SBS mendedahkan seseorang yang dikenali sebagai pempengaruh A dan seorang lagi lelaki keluar minum bersama Wanita B. Kemudian, mereka membawa Wanita B pulang ke rumah lelaki Won Jeong dan merogol wanita tersebut.



Mangsa kemudian menghubungi polis melaporkan dia mendengar bunyi rakaman dan apabila sedar dari tidur dia mendakwa diserang secara seksual oleh kedua-dua lelaki tersebut.

SBS turut melaporkan Pempengaruh A enggan membuka pintu ketika pihak berkuasa datang untuk menjalankan siasatan. Bomba terpaksa dipanggil untuk membuka pintu bagi membolehkan pihak berkuasa masuk.

Walaupun SBS tidak mendedahkan identiti dan wajah pempengaruh tersebut namun paparan video yang dikaburkan sudah memadai bagi pengikut Won Jeong tersebut untuk mengenali Pempengaruh A adalah dirinya.


Susulan siasatan, polis Gangnam telah memanjangkan kes itu kepada pihak pendakwaan.

Won Jeong berhadapan dengan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah atas serangan seksual terhadap mangsa ketika tidak sedarkan diri.

Dalam pada itu, Won Jeong mendakwa hubungan seks antara dia dengan mangsa adalah atas persetujuan bersama. 

Mahkamah menetapkan 17 Januari hadapan untuk perbicaraan pertama kes itu.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 25-12-2023 08:06 PM
lahh, ingat dia gay
Quote adizero11 26-12-2023 08:11 AM
Ingatkan dia pondan sbb nmpk lembut2..
Quote duku 26-12-2023 08:14 AM
la ingat kan gay...
Quote Gianna111 26-12-2023 09:07 AM
oh dia ni la yang orang post dan cari di TT
Quote mamajawie 26-12-2023 10:48 AM
dia ni muka je kiut tapi badan sado..cuma x nmpak sebab selalu pakai baju gelebeh2
Quote bbasir 26-12-2023 11:09 AM
x sedar diri dgn muka x hensem..
Quote dakewa 26-12-2023 11:13 AM
Tp kelakar gak lah content dia. Ruginye ko dek pegi rogol org. Ko cariklah org yg rela dihenjut oleh kau dek oi. Da femes mesti ramai yg mahu dihenjut olehmu
Quote opie5662 26-12-2023 02:16 PM
bbasir: x sedar diri dgn muka x hensem ...


Ko jangan.. Itu la muka kegilaan para wanita malaysia.. Kahkahkah...
Quote gideoncross 27-12-2023 03:38 PM
dakewa replied at 26-12-2023 11:13 AM
Tp kelakar gak lah content dia. Ruginye ko dek pegi rogol org. Ko cariklah org yg rela dihenjut oleh ...

Content dia tu smua skli facade, utk tontonan org ramai tpi dark side dia, xde siapa yg tahu sebelum ni
Quote gideoncross 27-12-2023 03:39 PM
bbasir replied at 26-12-2023 11:09 AM
x sedar diri dgn muka x hensem..

Muka camni lh yg jdi kegilaan prmpuan2 yg minat Kpop, x kira apa bngsa skli pun
Quote gideoncross 27-12-2023 03:39 PM
mamajawie replied at 26-12-2023 10:48 AM
dia ni muka je kiut tapi badan sado..cuma x nmpak sebab selalu pakai baju gelebeh2

Ha'ah, ada je video yg dia tunjukkn biceps & badan dia
Quote gideoncross 27-12-2023 03:41 PM
adizero11 replied at 26-12-2023 08:11 AM
Ingatkan dia pondan sbb nmpk lembut2..

Dorang2 ni mmg bentuk mcm gay tpi x sebenarnya, kan kat SKorea bnda cmni mmg famous pstu mngsa2 yg prmpuan pula ksian sbb klau buat report psl rape case pun, report dorg kdg2 x jln sbb dorg suka discriminate prmpuan. Yg jdi mngsa rape sllu kna tuduh mnggoda c raper, entah apa2 je dorang ni
Quote gideoncross 27-12-2023 03:47 PM
X sngka ni turning point dlm hidup dia, content dia kbanyakannya klakar tpi tu lah, dia cuma tunjukkan side yg dia nak org lain tngok, happy side tpi yg dark side dia x tunjukkan
Quote cik_ingeniare 28-12-2023 09:41 AM
menakutkan ye.. bila tengok content mcm biasa je.. rupanya ada kehidupan dia yang lain di sebalik apa yang dia tunjuk kt media social

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047782 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top