CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

#Tribute To Pak Yus Tak Seharus Dilakukan?

7-12-2015 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 2491| Komen: 5


Oleh : Fyruz Hanna

Sudah seminggu pemergian pelawak Yussry Edoo yang lebih dikenali sebagai Pak Yus ke rahmatullah.

Sentiasa riang dan sering menghiburkan peminat dan juga rakan-rakan, pemergian pak yus sememangnya dirasai dan terkesan kepada ramai orang yang mengenali beliau.

Sehubungan itu, demi untuk mengingati jasa Yussry Edoo, pihak astro menangguhkan program Juara Parodi dengan menyampaikan persembahan khas buat Allahyarham Pak Yus.

Perjuangan Pak Yus dalam kumpulan Kobis Pedas turut dirasai oleh rakan karibnya Tauke Jambu dan Misha Omar dalam pertandingan tersebut.

Juara Parodi minggu ke lima yang digantikan dengan #tribute mengenang  Pak Yus  antara lain mengusik perasaan penonton dan hadirin yang hadir.

Walaubagaimana pun, ia sebenarnya sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang telah tiada, berbunyi juga suara-suara yang tidak enak didengar dikalangan peminat.

Walau bagaimanapun, selaku penerbit Juara Parodi, Afdlin Shauki tidak cepat melatah dengan anjuran program seumpama ini yang tidak pernah dilakukan tak bermakna tak boleh dwujudkan.

Selain menghargai Allahyarham Pak Yus, program sebegini mengingatkan penonton tentang kematian.

Program yang lebih kepada berkongsi kebaikan arwah dan bukannya meratapi  kematian seperti yang didakwa peminat.

Penjelasan mengenai ini sebenarnya telah dikongsi oleh jakim dan penjelasannya seperti dibawah:

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama Baginda turut menangis. Seterusnya Baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu Baginda mengisyaratkan kepada lidahnya.
 
Huraian Hadith:
Bersedih dan menangis kerana kematian seseorang yang dikasihi diharuskan oleh syarak dengan syarat ia tidak melampaui batas seperti meratapi serta meraung-raung dan sebagainya.

Penyeksaan atau rahmat terhadap orang mati bergantung kepada amalan lidah orang yang masih hidup di mana apabila lidah tersebut digunakan untuk memperkatakan kebaikan si mati ia akan mendatangkan kebaikan kepada si mati.

Sebaliknya jika lidah digunakan untuk memperkatakan kejahatan si mati atau memperkatakan kebaikan tetapi dengan cara yang tidak beradab ia akan mendatangkan keburukan kepada si mati.

Nota: Apa pun, mati itu pasti dan mengenang kepada kematian mendapat pahala. Matlamat mengingati mati bukan untuk mematikan semangat, sebaliknya membakar semangat untuk menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini. -CARI Infonet.

8

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
19

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mimzat 8-12-2015 09:10 AM
Terpulang kepada penganjur la kalau nak buat tribute buat jer sekurang-kurangnya boleh la kita lihat dia.  Al Fatihah buat Pak Yuss
Quote mizkajura 8-12-2015 08:53 AM
saya tak mengikuti apa2 rancangan lawak beliau...apa2 pun semoga beliau ditempatkan ditempat2 org yg beriman
Quote devilito2 8-12-2015 07:37 AM
apa2 pun takziah buat keluarga pak yus.... semoga tabah hadapi dugaan berat ni...
Quote kambinggila 8-12-2015 01:43 AM
yang tak baik tu tayah la ikut.. amek je la yang baik.. ala
Quote comel91 7-12-2015 07:23 PM
ala.. amek je la yang baik.. yang tak baik tu tayah la ikut

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.042781 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top