CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Cedera, Kanopi Jualan Diterbang Angin Kencang Di Pantai Sura

23-12-2023 08:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 28053| Komen: 15

Description: Dungun: Seramai 15 peniaga yang menyertai kejohanan Bola Sepak Pantai Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura cemas apabila kanopi gerai jualan mereka diterbangkan angin kencang di Pantai Sura di ...
Dungun: Seramai 15 peniaga yang menyertai kejohanan Bola Sepak Pantai Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura cemas apabila kanopi gerai jualan mereka diterbangkan angin kencang di Pantai Sura di sini hari ini.


Kejadian pada pukul 1.20 tengah hari itu turut menyebabkan dua individu cedera serta kerosakan kepada beberapa kenderaan.


Salah seorang peniaga, Rohana Muda, 48, berkata, sewaktu kejadian, mereka sedang rancak berniaga sebelum angin kencang tiba-tiba menerpa dari arah pantai.

“Pada mulanya, hujan renyai dan sekejap-sekejap sebelum tiba-tiba lapan kanopi gerai jualan kami diterhangkan angin kencang tanpa sempat berbuat apa-apa.

“Banyak barang-barang peniaga termasuk makanan dan pakaian kami rosak terkena hujan dan diterbangkan angin,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Sura di sini hari ini.

Rohana berkata, dua individu mengalami cedera ringan akibat terkena besi kanopi yang diterbangkan.


Sementara itu, salah seorang pengunjung, Ahmad Adli Sulaiman, 40, pula terkejut penganjuran pertandingan bola sepak pantai itu diteruskan walaupun Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di Terengganu sehingga Selasa depan.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 24-12-2023 12:58 AM
Angin belah sana memang ganas
Quote anony-mous 24-12-2023 03:08 AM
Start dari mlm 22hb tu kuat sgt2 angin belah pantai ganu. 23 dari pd smpai mlm hujan
Quote LadyCarefree 24-12-2023 03:27 AM
laaaaaa met dept dah keluar amaran.
Quote antikorok 24-12-2023 03:48 AM
Base degil sek2 mung tebengggg jugok nok wat pesta pata padahal musim tengkujoh tu bende tule setiap tahun.

Nasib baik bukan teruk sampai pokok tumbang macam tahun2 dulu hempap kereta.
Quote jas7512 24-12-2023 06:14 AM
Huhu..dkt2 dgn kawasan rumah i ni..mujur xde apa2....huwaa....mmg x blh kuar rumah waktu2 gini..nak.apa2 order je fp or grab tapi kesian juga kat rider yg redah hjn..mudah2an murah rezekinya
Quote chinta89 24-12-2023 09:40 AM
Sementara itu, salah seorang pengunjung, Ahmad Adli Sulaiman, 40, pula terkejut penganjuran pertandingan bola sepak pantai itu diteruskan walaupun Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di Terengganu sehingga Selasa depan.


musim skg ni selagi x sampai habis bulan Januari nape vodoh sgt nk buat event kat area pantai, air terjun etc??? pahtu nk meratib pulekkkk walaupun dah tahu bakal menerima cuaca buruk?
Quote delia3003 24-12-2023 09:48 AM
Edited by delia3003 at 24-12-2023 09:50 AM

"Sementara itu, salah seorang pengunjung, Ahmad Adli Sulaiman, 40, pula terkejut penganjuran pertandingan bola sepak pantai itu diteruskan walaupun Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di Terengganu sehingga Selasa depan"

Pengunjung terkejut. Dah dia pun berkunjung jugak dah tau pasal amaran dari Met Malaysia tu.
Quote airfilterkotor 24-12-2023 10:43 AM
Aku pun tekejut bila baca ada pengunjung yg tekejut perlawan bola dilangsungkan.
Quote shernazz 24-12-2023 10:54 AM
jas7512 replied at 24-12-2023 06:14 AM
Huhu..dkt2 dgn kawasan rumah i ni..mujur xde apa2....huwaa....mmg x blh kuar rumah waktu2 gini..nak. ...


Iye..kalau hujan2 Ni nak kuar pung payah..lagi ada anak...

Iols kalau grab redah hujan Sampai tepat pada.masanya..mmg.iols.bagi tips lebih sebab kesian dia meredah walaupung tu keje dia kan...
Kekadang kalau Ada set air tu..iols bg la.air tu kat dia..

Quote akies 24-12-2023 08:35 PM
Degil betul.
Quote sharlenetexas 24-12-2023 08:36 PM
Cerdiknya lahai. Dah tau musimnya tetap buat match.


Quote sharlenetexas 24-12-2023 08:37 PM
Sape adun sura ni? Cerdik sgt.


Quote kakikuDibibirmu 24-12-2023 08:50 PM
airfilterkotor replied at 24-12-2023 10:43 AM
Aku pun tekejut bila baca ada pengunjung yg tekejut perlawan bola dilangsungkan.

Terkejut tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote cmf_premierleag 24-12-2023 08:51 PM
Apa ke bodoh la organizer event ni
Dah sah2 skang jabatan met dh announce psl musim hujan..ko sekolah ke tak dik???
Ke ms skolah dulu organizer duk kelas belakang?? Smpi jd bangang sgt?
Quote cmf_premierleag 24-12-2023 08:52 PM
ADUN sura pun sama bodoh nak mamposss
Takpun ko hire la bomoh hujan suruh kalih angin ngan hujan tu ms musim monsun ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.045503 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top