Berkongsi pengalaman sukar dalam dunia seni, pelakon Noorkhiriah menitip pesan buat pendatang baharu agar ikhlas dalam kerjaya. Noorkhirah atau Norrkhirah Ahmad Shapie, 45, mengingatkan rakan-rakan pelakon agar menghormati orang sekeliling terutama kru produksi yang sama-sama terbabit dalam pembikinan sesebuah karya.'
"Kerja macam saya adalah bersama pasukan maka kita kena hormat semua orang tidak kira siapa. "Jagalah diri adik-adik yang baru nak up. Betulkan niat untuk apa. Jangan kejar apa yang tidak pasti sebab yang pasti hak kita Allah akan permudahkan. Kerja elok-elok dan ciptalah cerita yang memberi manfaat," katanya. Noorkhiriah menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam hantaran berkenaan dia meninggalkan pesan supaya tidak mengamalkan sikap meninggi diri biarpun memegang status sebagai seorang artis.
"Jangan rasa kita artis, kita besar. Jangan kita lupa manusia boleh mendoakan untuk kita bangun dan jatuh," ujarnya. Sementara itu, dia turut berkongsi cerita bagaimana melalui pengalaman susah ketika awal pembabitan dalam dunia seni. Malah sebagai seoang pelakon, Noorkhiriah juga komited terhadap kerjaya tanpa mencampuradukkan urusan peribadi ketika di lokasi. "Zaman saya dahulu betapa susah untuk ada seperti sekarang. Pergi shooting duduk dalam van sempit macam sardin dalam tin. Tiba-tiba duduk atas besi panas, pijar jadinya. Tapi seronok. "Sampai set tegur semua orang. Bawa aura positif walaupun semalam gaduh baling periuk. Jangan cerita (masalah) kepada sesiapa kerana tiada manusia yang nak tahu masalah kita," jelasnya. Sumber: mStar
|
LadyCarefree replied at 23-12-2023 09:13 PM
halah halah semua retis memang anggap diri mereka a class above dari non-retis.
chinta89 replied at 24-12-2023 08:55 AM
teringat masa PKP ada artis yg melalak sb rasa diorang dlm kelas tersendiri. ahahaha.. punya la me ...
ADVERTISEMENT