Kuala Lumpur: Tular di media sosial berhubung dakwaan seorang wanita meninggal dunia selepas menjamah roti sandwic basi yang dibeli dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Terengganu, baru-baru ini.
Menurut perkongsian Sahara Nabilah di akaun Facebooknya, dia menceritakan keadaan ibu saudaranya yang keracunan makanan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, untuk mendapatkan rawatan. Dakwanya, ibu saudaranya ketika itu berada dalam keadaan kritikal sebelum diumumkan meninggal dunia di hospital berkenaan. "Mak cik (ibu saudara) saya baru saja meninggal dunia malam tadi. Datang dari Johor ke Terengganu untuk pendaftaran anak buat ke UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin), singgah makan di R&R Perasing. (Dia) makan sandwic beli di R&R tersebut. "Basi rupanya, kena keracunan makanan dua mangsa... Mak cik dan anak buah. Tetapi mak cik (dalam keadaan) yang teruk. Kritikal, muntah dan berak tanpa henti. Masuk air, rebah.
"Masuk ICU (unit rawatan rapi) di (Hospital) Sultanah Zahirah dan meninggal malam tadi," katanya dalam catatan di Facebook bertarikh 19 Disember lalu. Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu sudah mengambil beberapa sampel makanan dari sebuah kedai di kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, Kemaman yang dikatakan menjadi punca seorang wanita mengalami keracunan makanan sehingga meninggal dunia. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya turut melakukan swab peralatan dan pengendali makanan untuk membantu siasatan. "Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman menjalankan siasatan terhadap premis terbabit bagi mengenal pasti punca sebenar dan kita masih menunggu keputusan sampel ini. "Bagi pihak JKNT, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dr Kasemani berkata, tindakan terhadap premis itu dilakukan selepas PKD Kemaman menerima satu notifikasi kes keracunan makanan membabitkan mangsa berusia 54 tahun yang mengalami gejala keracunan makanan akibat memakan makanan yang dibeli di R&R Perasing, Kemaman. Katanya, mangsa mula mengalami gejala sakit perut, cirit birit dan muntah selepas memakan makanan yang dipercayai basi. "Pihak jabatan memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan menasihati pengendali makanan supaya sentiasa menitikberat aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual serta memastikan makanan disediakan bersih serta selamat bagi mengelak kes keracunan makanan. "Orang ramai perlu sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih. "Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengamalkan konsep 'lihat, hidu dan rasa' sebelum makan untuk mengelak memakan makanan yang telah basi," katanya. Sumber: Harian Metro |
syamzana replied at 23-12-2023 02:01 PM
bahaya keracunan makanan. teringat kes makan puding buih, ramai jugak mati.
AbukRokok replied at 23-12-2023 01:08 PM
mcm ada benda xkne je... makanan basi mesti bau dah lain rasa dah lain rupa pun dah lain...sekali ra ...
Bergosip replied at 23-12-2023 04:30 PM
kalau sandwich tuna dan sardine memang susah nak bezakan uols. sebab bau basi dan tak basi tak ada ...
ADVERTISEMENT