Pelakon Syafie Naswip membuat kejutan apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya pada pagi Sabtu. Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 31, memilih Afiqah Ishak sebagai suri hidupnya dan pasangan itu disatukan sebagai suami isteri di Putrajaya dengan sekali lafaz.
Akad nikah pasangan itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ishak Hamzah dan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin. Pada majlis berkenaan, Syafie menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan serta wang hantaran bernilai RM15,000. Pernikahan pasangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram milik aktor berkenaan. Syafie juga dilihat tidak dapat menahan air mata tatkala membaca taklik terhadap Afiqah selepas sah bergelar suami.
Berita pernikahan Syafie mengejutkan banyak pihak kerana tidak ramai yang tahu akan hubungan mereka sebelum ini. Syafie sebelum itu menerusi satu hantaran yang dibuat pada Instagram miliknya memberitahu bakal berkongsi berita di laman Instagram miliknya tentang hal berkenaan. Sumber: mStar |
Barebow77: Boleh tak sis nak komen pasal ...
Barebow77: Boleh tak sis nak komen pasal ...
Barebow77 replied at 23-12-2023 12:54 PM
Boleh tak sis nak komen pasal baju panten pompuan..kain jenis satin kot menyebabkan buah chest nampa ...
missHaidiD replied at 23-12-2023 01:14 PM
Tahniah. Lawa bini dia berbanding si nandek tu
Incanto replied at 23-12-2023 02:37 PM
siapa nandek?
Syafie pernah kapel atau tunang dulu?
Barebow77 replied at 23-12-2023 12:54 PM
Boleh tak sis nak komen pasal baju panten pompuan..kain jenis satin kot menyebabkan buah chest nampa ...
Barebow77 replied at 23-12-2023 12:54 PM
Boleh tak sis nak komen pasal baju panten pompuan..kain jenis satin kot menyebabkan buah chest nampa ...
Diamondmoney replied at 23-12-2023 02:40 PM
Si nandek ex tunang dia la dulu
Yg ank beranak kaki propa . Abg pukul bini
ADVERTISEMENT