CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Ditinggalkan Bersama Nota, Ibu Mohon Maaf

23-12-2023 11:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7184| Komen: 9

Kota Kinabalu: "Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya.

"Terima kasih pertolongan anda. Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi."

Demikian kandungan nota ditemukan bersama mayat bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam tong sanitasi di sebuah pusat beli-belah di daerah ini.


Mayat bayi yang dibalut dengan tuala ditemukan penyelia syarikat pembersihan di pusat beli-belah berkenaan ketika hendak menukar plastik tong sampah sanitasi berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi itu pada 9.40 malam.

"Hasil siasatan mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat ditemukan dalam keadaan dibaluti dengan kain tuala.

"Turut ditemukan bersama mayat bayi terbabit cebisan kertas yang tertulis nota (daripada ibu bayi berkenaan)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kalsom berkata, polis sedang menjalankan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

"Polis juga membuat risikan maklumat bagi mengenal pasti suspek yang terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani di talian 0168337243.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-12-2023 07:20 PM
Mesti Anak warga asing Ni...

Gitu iols suudzon
Hahaha
Quote dua_chzy 23-12-2023 07:27 PM
Jahit la puki tu sister. Jangan kecam saya konon. Dasar jantan betina sundal. Daripada kau kasik keluar anak haram tu hidup2 hanya untuk bunuh dia biar dia mati kesejukan di dalam tong sanitasi (dasar jahanam kan sanggup kan kau letak baby kau dalam tong penuh pad kotor berdarah2), kenapa kau tak bunuh baby tu masa dalam perut saja? Semoga korang semua yang dumped baby kandung sendiri macam sampah ni kena kanser ovari, kena kanser pelir sampai kuman tu merebak pi organ lain pehtu mati sengsara.
Quote I.K.A888990 24-12-2023 12:47 AM
kesian la wahai anak dpt mak jenis mcm tu
Quote ninja9 24-12-2023 08:20 AM
tak takahn sgt pakailah kondom. dari buang anak mcm ni menyusahkan nasib anak tersebut tak dapat proper kasih sayang dari ibubapa
Quote whimsicalmusic 24-12-2023 06:10 PM
anak die mmg da meninggal time die ltk kt tong tu? ko xleh bg proper burial ke sis
Quote vespa_oren 24-12-2023 07:07 PM
whimsicalmusic replied at 24-12-2023 06:10 PM
anak die mmg da meninggal time die ltk kt tong tu? ko xleh bg proper burial ke sis


tanah kubur tempat aku pun, sampai org gali
jumpa mayat kambus balik, tu belum lgi ambil tanah org
sbb tu ada tanah kubur khas untuk family jer, kurang tanah wakaf kubur
Quote orkid_amani 26-12-2023 12:41 PM
Kelig aii penah cakap abortion pil pun kemain mahai skg..dah rega ratus2..dulu sebelum kena band pil ni kat sopi lazada rega 70-100 jaa..skg ni kena beli personal kat website rega 200-400/pil. Harga Abortion service kat klinik pulak tgk berapa weeks.. sebab tuu laa yg mana xmampu terpaksa terus kn jugak kandungan end up bila dah beranak buang baby
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:30 PM

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.039968 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top