Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana tampil mempertahankan diri setelah dirinya dikecam kerana satu video memaparkan dia sedang menangis di sisi pelakon Indonesia, Andi Arsyil di TikTok. Ditemui media, Puteri Sarah berkata dia masih waras dan tahu menjaga batas lebih-lebih lagi melibatkan lelaki bukan mahram. "Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka. "Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika live," katanya. Ujarnya, dia hanya berpaling kepada Andi dan tidak meletakkan kepala di bahunya. Berikutan itu, ramai yang meninggalkan komen berbaur jahat ketika siaran langsung bersama pelakon Indonesia itu. Sebelum ini, Sarah dilihat tidak dapat menahan air mata gara-gara ada yang memanggilnya dengan gelaran janda namun dipujuk Andi yang berada bersamanya pada ketika itu. "Apabila saya bercerita dia selalu nasihatkan saya supaya jangan ambil peduli dan tidak menyimpan dendam dengan mereka. "Malah dia selalu minta saya memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati saya lebih tenang dan positif," katanya lagi. Sumber: Beautifulnara
|
matjerk replied at 23-12-2023 05:54 PM
Put aside Andi
Acu pulak siapa? Selalu nampak ada di rumah Sarah
amarakasih replied at 23-12-2023 11:23 PM
Janganlah buat benda-benda yang bole jadi kecaman. You’re an artist, a public figure.Of course bany ...
amarakasih replied at 23-12-2023 03:23 PM
Janganlah buat benda-benda yang bole jadi kecaman. You’re an artist, a public figure.Of course bany ...
amarakasih replied at 23-12-2023 03:23 PM
Janganlah buat benda-benda yang bole jadi kecaman. You’re an artist, a public figure.Of course bany ...
missyL replied at 23-12-2023 12:48 PM
Tp kan. Mase tgok vid
Bahu andi tu bergerak
Ntah la labuuuu
ADVERTISEMENT