Oleh Izzah Abbasy
Nak bina masjid atau jual anak? Kasar bunyinya, tapi itulah realitinya.
Situasi A
"Keluarga 'Gadis' minta RM15,000 untuk wang hantaran." kata 'Jejaka' kepada ibunya. Si ibu hanya mampu tergamam mendengarnya. Situasi B Mak, ayah... 'Gadis' tak kisah berapa pun wang hantaran. Janji yang wajib ditunaikan. Ibu dan bapa gadis cakap, dia bukan nak jual anak mereka. Cukuplah sekadar yang termampu dan sanggup bahagiakan anak mereka kelak. Mak dan ayah saling berpandangan lantas mengucapkan tanda syukur kepada Allah.
Kedua-dua situasi di atas sering kita dengar dan adakalanya ia berlaku dalam keluarga kita sendiri. Hantaran yang terlalu tinggi diletakkan oleh pihak keluarga perempuan, sudah pasti memberi tekanan kepada pihak lelaki. "Mak ayah 'Gadis' nak kahwinkan saja, suruh bina masjid, dapat pahala. Bukan nak jual anak perempuan dia" Jika semua ibu bapa seperti itu, pasti ramai lelaki yang mudah masuk meminang dengan perempuan pilihan mereka tanpa sebarang tekanan dan kesusahan. Betul, wang hantaran yang diberikan adalah untuk menampung segala perbelanjaan semasa kenduri nanti. Namun, bersederhana mengikut kemampuan sangatlah diharuskan. Tidak perlu mengikut taraf pendidikan Tetapkanlah wang hantaran mengikut kemampuan si lelaki kerana ; Perkahwinan bukanlah suatu bebanan. Jika, masing-masing mampu, letaklah wang hantaran setinggi mana pun, ia adalah hak individu tersebut. Tetapi, jika pihak lelaki hanya bergaji kecil, hanya mampu bersederhana sahaja, kenapa memaksa untuk meletakkan wang hantaran yang tinggi? Sehinggakan si lelaki terpaksa berhutang dengan bank semata-mata untuk memuaskan hati pihak perempuan dan akhirnya kesempitan selepas berkahwin. Tidakkah kita terfikir, bahawa perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu itu jugalah yang menyebabkan perjalanan rumah tangga terganggu di kemudian hari? - CARI Infonet |
13
Bagus |
10
Marah |
22
Terkejut |
16
Sedih |
19
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
comel91 replied at 7-12-2015 07:39 PM
ala lelaki pun.. nk beli kereta puluh ribu yang berkarat akhirnya bole pulak.. ni sah2 isteri yang m ...
bLuEsKy replied at 10-12-2015 09:05 AM
my cousin salah sorang drp kes di atas..
mak pak belah pompuan minta RM15K..
qronaldo7 replied at 15-12-2015 10:46 AM
dorang punya plan 15k tu nak pakai tuk apa
ADVERTISEMENT