Khai Bahar mengakui dirinya lebih selesa menyanyikan lagu duet di atas pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata dia lebih yakin apabila ditemani di atas pentas berbanding perlu berdepan rasa gemuruh seorang diri.
"Saya sebenarnya lebih suka berduet berbanding solo. Bagi saya keyakinan saya untuk berduet itu lebih banyak dari solo. "Bila solo macam banyak fikir. Tapi bila duet dan dapat rakan duet yang memahami saya rasa lebih seronok termasuk dengan Nabila juga," katanya kepada mStar. Bukan itu sahaja, Khai juga berasakan dia membawa satu tanggungjawab besar sekiranya perlu menyanyikan lagu ciptaan orang lain di atas pentas seorang diri.
|
ADVERTISEMENT