Tular dakwaan ahli kumpulan popular Dolla, Syasya Rizal menjadi mangsa pukul lelaki dipercayai kekasihnya sehingga menyebabkan tangannya lebam. Dakwaan itu dibuat oleh akaun Instagram milik peminat kumpulan tersebut iaitu @idolla.fansdolla_ yang memuat naik foto bahagian lengan dengan kesan lebam.
Bagaimanapun, wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia, Amir menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa lebam di tangan Syasya itu bukanlah akibat dipukul seperti yang dikatakan. Amir juga sempat berseloroh dengan mengatakan lebam itu sebaliknya disebabkan oleh Syasya terkena gigitan makhluk halus. "Eh! mana ada, tak betul tu (dipukul). Kami pun tak tahu kenapa tangan Syasya jadi lebam sampai macam itu. "Kami sempat gurau cakap mungkin dia kena gigit hantu. Orang lama dulu kata lebam macam tu sebab kena gigit hantu," katanya.
Selepas bergurau tentang gigitan hantu itu. Amir sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dan mengesahkan bahawa penyanyi berusia 22 tahun tersebut tidak menjadi mangsa pukul sesiapa. Bagaimanapun, Amir tidak menafikan bahawa tindakan Syasya memuat naik foto lengannya di Instagram telah mengundang kekeliruan dan salah faham dalam kalangan peminatnya. "Biasalah budak budak nak tunjuk tangan ada lebam sikit tapi ada pula peminat yang overreact. Tiasa siapa pukul Syasya," katanya lagi. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT