Penyanyi Yazmin Aziz, 22, terharu menerima anugerah Pencapaian Vokal Cemerlang di acara Anugerah Perniagaan Usahawan Wanita Kehormat Shanghai 2023, baru-baru ini yang cukup besar maknanya.
Yazmin atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz berkata sepanjang menjadi anak seni beberapa tahun, dia berharap dapat terus meninggalkan impak positif dalam kariernya. "Satu perasaan seronok yang sukar terungkap kerana semua kerja-keras saya diiktiraf. Ini cukup bermakna untuk terus fokus kepada sisi positif supaya impak karier saya lebih besar. "Sebenarnya saya dicalonkan untuk anugerah itu mungkin disebabkan semua pencapaian yang pernah saya raih. Ia membuatkan saya mahu terus bekerja lebih keras dan jangan mengalah," katanya. Berkongsi mengenai harapan tahun baharu, penyanyi kacukan Filipina-Melayu itu berazam untuk terus lipat gandakan usaha melebarkan nama serta meneroka pasaran muzik ke peringkat lebih jauh.
"Semestinya saya harap dapat menarik lebih ramai pengikut di media sosial. Insya Allah lebih banyak ikat kerjasama dengan pelbagai jenama, hadiri acara, dan lain-lain. "Untuk muzik pula, semoga saya dapat lancar lebih banyak lagu lagi. Akan ada kerjasama lagi dengan DJ Fuzz dan seseorang dari Amerika Syarikat juga," katanya. Sejak memulakan karier muzik, Yazmin cukup rancak meraih pelbagai pencapaian besar. Antaranya menjadi finalis program Big Stage 4, menyanyi di Minggu Fesyen Monte-Carlo, dan menang di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2017 dan 2020. Selain itu, dia juga mendapat kepercayaan menyanyi depan presiden Filipina dua kali tahun ini selain nyanyi untuk Perdana Menteri Malaysia dalam acara tertutup. Sumber: Harian Metro
|
Penyanyi Yazmin Aziz, 22, terharu menerima anugerah Pencapaian Vokal Cemerlang di acara Anugerah Perniagaan Usahawan Wanita Kehormat Shanghai 2023, baru-baru ini yang cukup besar maknanya.
MistrezHermanaz replied at 22-12-2023 08:38 AM
nyanyi live hancur tiberrr dpt anugerah
codenamedream replied at 21-12-2023 11:41 PM
Menang di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2017 dan 2020.
Nampak sgt memang WCOPA tu b ...
TerataiMelur02 replied at 22-12-2023 11:39 AM
Sorry iols takde niat nak menghina tapi kenapa macam bapok?salah teknik mekap ke ni?
ADVERTISEMENT